Thursday, November 18, 2010

Kritikan Pedas terhadap SKYLINE ( Movie )


Baru2 ni aq pergi Dataran Pahlawan untuk enjoy2 lepas sajer daripada final exam last semester..Untuk mengisi aktiviti yang lapang, aq dan apis berkaroake untuk release mind..एंड थें, smyg magrib dulu baru beli tiket pawagam..hihi..



Abis saje semayang magrib, apis memutuskan nak ngok citer UNSTOPPABLE..tapi aq x nak coz aq kate ade movie best dari tu..aq berpendapat movie dia tu ngok minggu depan jer...hahahah...so, SKYLINE la menjadi pilihan aq dan apis pada malam tersebut..



Papepun, bace dulu sinopsis SKYLINE dulu..but in English Version..nak test power, wakakaka..jap g aq nak komen pulak...


Elaine (Scottie Thompson) and Jarrod (Eric Balfour) have flown to Los Angeles for Jarrod's best friend Terry's (Donald Faison) birthday party. They spent the night celebrating with his girlfriend, Candice (Brittany Daniel), and his assistant, Denise (Crystal Reed). During the party, one of Terry's employees, Ray (Neil Hopkins), welcomes Jarrod to L.A., thinking he has moved there to join Terry's company. During a private argument about whether or not they should move to L.A., Elaine reveals that she is pregnant.


Early the next morning, bright blue lights descend from the sky। Anyone who looks at them is helplessly entranced. The lights make their eyes opaque and seems to burn their blood vessels. Held captive by the light, the invading aliens will capture the humans through a variety of mechanisms. Ray suffers this fate, but Jarrod, who is also exposed, is tackled to safety by Terry. Jarrod returns to normal shortly. He and Terry then decide to investigate the light from the roof of the high-rise, where they see several alien ships descend over the blue lights and vacuum up thousands of entranced humans. Horrified, they run back downstairs and inform their group. Jarrod noticed that the water seems to be free of spacecraft, and he argues that it would be a safer place than Terry's condo. The group attempts to reach the marina by car. They split into two groups: Terry and Denise in one and Candice, Jarrod, and Elaine in the other. Before they begin to drive off, they run across a couple, Colin (J. Paul Boehmer) and Jen (Tanya Newbould), also attempting to flee the building. Terry's car is the first to leave, and it is immediately stomped flat by a massive "tanker" alien, killing Denise and capturing Terry. As the remaining survivors flee back into the garage, they encounter another alien that captures Colin. It corners the rest of the group, but it is knocked out when the concierge, Oliver (David Zayas), slams into it with an Escalade. Colin is still alive, but as the group tries to free him, the alien wakes up, sucks out Colin's brain, and inserts the organ into its head, replacing the brain that was damaged by the collision. Colin's brain fully revives the alien, almost as if it functioned like a battery.



Jen is captured as the group retreats back into the building. The Air Force launches a drone attack on the spaceships, nuking the biggest one. The bomb seems to destroy the ship, but it slowly begins to repair itself. Jarrod becomes adamant that they must seek safety elsewhere before it's too late. Oliver tries to restrain him, but Jarrod's eyes turn opaque and his veins start to burn again as they did when he was exposed to the light. He chokes Oliver and swears that nothing will stop him from protecting his family. An army helicopter lands on the roof, dropping off two snipers with .50 caliber rifles. Jarrod and Elaine go to the roof hoping to ride the next helicopter to safety, while Oliver and Candice continue to hide in Terry's penthouse. The military mounts another assault on the alien ship, but is quickly defeated. Candice and Oliver are killed, while Jarrod and Elaine are trapped when the army helicopter is brought down. They resign themselves to their fate. They both look into the blue light of an alien ship and embrace as they are abducted.


A montage shows that cities like New York City, London, and Hong Kong have all fallen prey to the invaders. Onboard the alien spacecraft, Elaine helplessly watches as Jarrod's brain is removed from his body. She is spared this fate when the alien sorter realizes that she is pregnant. Elaine is then transported to another chamber where she is prepped for the aliens to steal the fetus from her womb. Meanwhile, Jarrod's brain is inserted into an alien body. Because Jarrod has been repeatedly exposed to the alien's blue light, he has been inoculated against it. Instead of simply powering the alien body, Jarrod's brain remembers Elaine and their unborn child. The film ends with a series of still images between the credits that depict "Jarrod" protecting Elaine and his child from the other aliens.





Ape yang korang paham daripada sinopsis kat atas??? myb korang x pam lansung kot..Okey, aq ringkaskan lagi..Citer ni daripada company Brothers Strause iaitu produksi yang same dengan filem atau movie Independence Day, War of the Worlds, Battle: Los Angeles yang mana masing2 adalah movie yang mengisahkan sains fiksyen dan fenomena alam..Skyline mengisahkan alien daripada planet lain datang ke bumi hanya kerana mahukan minda dan otak manusia untuk melahirkan bangsa-bangsa mereka. Mereka datang dengan kuasa yang manusia sendiri tidak dapat mengalahkannya. Sepertimana yang telah dikatakan oleh Eric Balfour sebagai Jarrod dalam filem SKYLINE ni berbunyi : Mereka datang dengan kuasa, Shit!!!Semua manusia di dalam filem ni memang dalam ketakutan. Alien menawan dan menangkap manusia hanya menggunakan cahaya biru dimana cahaya tersebut amat indah dan tertarik. Sesiapa melihatnya pasti terpesona, dalam hal tersebut secara tak lansung alien tersebut telah mengawal mereka dengan rapi.




Aq boleh kasi citer skyline ni juz 4 stars jer..Banyak aksi mendebarkan, grafik yang kire ok jugak, tidak membosankan..But kat ending movie ni memang tak menarik, nampak tergantung di mana menunjukkan kelemahan manusia dalam mengalahkan alien-alien tersebut. Cadangan aq, sepatutnyer pengarah memasukkan adegan yang ajaib pasti akan berlaku contohnya ultraman datang ker, superman ker...hahaha..ini menunjukkan alien2 dalam SKYLINE ni benar2 berkuasa...Untuk pengetahuan korang, inilah filem dari company Brothers Strause yang akan dijadikan filem bersiri atau juga trilogi di mana selepas ini ader sequel dan sambungannyer..Skyline 2 dan Skyline 3, mungkin..Kerana siri2 tersebut akan menerangkan ape yang akan berlaku selepas SKYLINE di tayangkan di pawagam..nak x nak kalo korang tak paham, kene jugak bace sinopsi movie di atas ok...bye...




Pegi laaa pawagam tengok sendiru, baru taw jalan citernyer..hahahahahah


Trailer Skyline 2010 :


Kunci Motorku dicuri Sang Cerdik - Satu laporan di Lot 220






Post kali ini tentang memoriku yang bertali arus diuji oleh Allah s.w.t. Alhamdulillah, itu maknanya aku didalam penglihatan dan ujiannya. Syukran.
Perkara ini berlaku pada pagi raya aidiladha. Maklumlah, dah siap2 mandi dan ready tok ke masjid takbir raya. Aku terperanjat besar apabila melihat kunciku sudah tiada di dinding. Aku tertanya2 kemana aku meletakkannya malam tadi. Merata sudah ku cari tidak ketemu juga. Mau tak mau, kenalah ikot Family naik satu kereta. Parents aku bertanya : mana pergi moto ko?aku jawab : kunci kena curi dek tikus..Parents aku tergelak besar dengan jawapanku. Memang difikir semula tidak masuk akal lansung. Tapi korang sebagai pembaca, inilah realiti yang telah aku lalui selama ini. Boleh dikatakan tiap2 malam aku berperang dengan sang cerdik ini. Pernah sebelum ini, aku dicederakan oleh natang ni dan sang cerdik banyak melakukan kerosakan dalam sistem bilik aku. Hai hai hai...Kunci motorku ade 3 security; lock handle, alarm n fox lock..bnyk lak nak kene wat kalo x pat kunci tu...


Bilakah ini semua akan berakhir, aku sudah capik dengan ini semua. Tapi takpe, ini semua ujian dan dugaan. Pasti satu hari nanti aku dapatkan gulingkan kerajaan sang cerdik di rumahku..Terus lagi kepada tentang kunciku, aku sudah mencari kesemua kawasan yang telah aku pergi di seluruh kawasan rumah, tak jumpa satu bangkai pun..xpe lah, ujian diteruskan..







Satu hari nanti, pasti aku dapat jawapannya di sebalik permainan ini. Jalan terakhir, aku terpaksa pecahkan dinding rumah untuk mancari itu kunci ataupun buka motor dengan secara paksa..hihihihhi. Sebenarnya, aku dah banyak kali hilang kunci motor. 1st time at Jaya Jusco myb tercicir..tapi kali ini, dicuri tikus. Agak kelakar sedikit, tapi xpe itu hanyalah motivasi diri. Korang tahu tak apa perasaan orang tak boleh kuar dari rumah???Bagaikan sampah terapung2 di tengah lautan..hahahah..ok la, malas nak citer..Enough sampai di sini sahaja. Assalamualaikum Kalian.......

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Unsur Bid'ah





Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan dan pembaca yang setia. Memang saja aku pilih tajuk ini as posting sempena musim raye aji..atau juga lebih dikenali di kalangan bangsa Melayu sebagai hari raya korban. Sepertimana diketahui umum, ke-4 4 hari di bulan ini merupakan hari tasyrik di mana hari tersebut diharamkan berpuasa bagi semua umat Islam. Permasalahannya ialah ramai juga di antara kita berpuasa pada hari tersebut kerana berpendapat berpuasa di hari tersebut besar pahalanya dan mendapat ganjaran berlipat kali ganda kerana berpuasa pada hari kebesaran Islam. Ini adalah satu amalan yang sesat dan menyesatkan boleh aku simpulkan sebagai perkara bid'ah. Nabi melarang, tapi bukan main mangkau dengan pendapat masing-masing.



Aku yakin, hal demikian berlaku kerana kurangnya didikan agama dan terlalu taksub dengan amalan walaupun ianya diharamkan secara terang-terangan. Mungkin juga mereka beramal dengan hadith2 Maudhu'. Maklumlah, di Malaysia kini boleh tahan juga yang beramal dengan hadis Maudhu' yang bersifat galakan. Hadith tersebutlah menjadikan perkara bid'ah semakin mendapat tempat di hati umat2 Islam masa kini berbanding dengan hadith2 lain seperti Mutawatir, hasan dan sahih serta sebagainya.



Maka, berhati2lah kita dalam beramal. Kalaulah nak diperincikan tentang bid'ah, memang tidak akan ada penghujungnya. Inilah masalah umat Islam masa kini. Uruskan masalah dalaman maka teruruslah masalah luaran.

Sunday, November 14, 2010

Mandat Terakhir Dariku Buat Kawan2 KUIM (07-10)





Lame benar aq x update blog aq ni.Maklum ler, busy x sudah2..maybe, pasni aq x sebusy sebelum ni, dah abes stdy kat KUIM dah...wahahaha...senang ati aq skunk ni..


Takde pape post yang menarik wat masa ni, kerana banyak keje x setel lagi..so kene la setelkan...aq disini cume nak wish n kasi ucapan sedikit sebanyak kat sume kawan2 dan rakan-rakan seperjuangan aq yang dah tamat dan abis kontrak STUDY kat KUIM...Alhamdulillah, berjaya jugak kite sume ke akhirnyer..2007-2010


So, sempena dengan abisnyer kite sume stdy..nak x nak kite mesti berpisah..tapi berpisah untuk sementara sahaja coz aq dapat rase masing-masing antara kita ada haluannya sendiri...Kerana kite bertemu kerana ILMU, berpisah juga kerana ILMU...aq sedih jugak degan perpisahan yg berlaku ni, tapi relax...standard la tu..bnyk kengan maaaa...


Di kesempatan ini, aq dengan sejujurnyer mintak maap kat sume kawan2, x kire senior atau junior seandainyer aq banyak sakitkan hati korang sume secara lansung atau tidak lansung..terkasar bahase, menyinggung perasaan halus korang pendek kate semuanyer lah..Aq jugak mintak korang halalkan makan minum selame kite berkawan ni, kerana aq x mau ade pape dendam pun antara kita semua..Nak dipendekkan lagi, halalkan segala-galanyer dan maafkan diriku yang sedang sebal ni dari hujung sonkok hinggalah hujung seliper aq..hahahah..macam ari raye ler pulak..


Kepade member2 yang sedang membace natang ni, arap jgn korang nak sedih2 n touching2...xde maknenyer, nnt kita boley berjumpe lagi time konvokesyen/graduate/reunion nnt okey..


Itu saje lah yang ingin ku sampaikan untuk korang semua, sape2 yg ade utang ngan aq arap jelaskan bil yg tertunggak tu...dan sesape yg aq de berhutang ngan dye, datang ler kat aq...aq nak bayar nnt....myb xde kot....wahahahaahha....


Harapan aq, lepas sajer study kat KUIM...aq arap korang semua dapat aplikasi ilmu korang dalam membangunkan produktiviti agama, bangsa dan negara seterusnyer dapat kite same2 menjalankan dakwah ke serata dunia....





Dan apa yang paling penting...Jangan lupe kat AQ dan sume kawan2 kita, kerana aq dan sume still ingat kat korang semua sebagai kawan2 terbaik aq untuk selame-lamenyer..aq jer yang kurang baik, so maapkan aq selame kite berkawan..Bile korang kawin, jemputlah aq..dan dont lost contact...itu sajer permintaan aq wat kali terakhir, ade kemungkinan besar kite tidak akan berjumpe lagi..................


salam terakhir dariku wat kalian semua,,,,,,,,,,,

Wednesday, October 13, 2010

10 kelebihan Windows XP SP2






Bosan nak mampoih, so nak citerkan cikit pasal windows ni...
zassss......

Terdapat 10 kelebihan dalam Windows XP SP2. Antara kelebihannya ia lebih mementingkan keselamatan. Antara konsep keselamatan yang telah dipertingkatkan dalam Windows ini ialah:



1. Membantu melindungi PC daripada fail sisipan yang merbahaya. Caranya, dengan mengingatkan anda terhadap mana-mana fail sisipan yang mungkin tidak selamat. SP2 membantu melindungi PC daripada virus-virus yang boleh merebak melalui Internet Explorer, Outlook Express, dan Windows Messenger.


2. Menambah baik ciri perlindungan aspek “privacy” anda terutamanya apabila berada di dalam web. SP2 membantu melindungi maklumat persendirian anda dengan menggunakan ketetapan keselamatannya yang melindungi PC anda daripada fail dan kandungan yang dipindah terima melalui Internet Explorer.


3. Menghindari pindah terima yang berpotensi tidak selamat. Pemantauan pindah terima Internet Explorer dan Internet Explorer Information Bar akan mengingatkan anda mengenai pindah terima yang mungkin merbahaya di samping memberikan anda pilihan untuk menyekat fail-fail yang mungkin berniat jahat.


4. Mengurangkan gangguan tetingkap “pop-up”. Ciri baru SP2 yang dinamakan Internet Explorer Pop-Up Blocker bakal menjadikan pelayaran Internet anda lebih menyeronokkan. Caranya dengan membantu anda mengurangkan iklan-iklan yang tidak diingini dan kandungan yang muncul apabila melayari web.


5. Menyediakan perlindungan firewall sejak PC anda dimulakan sehingga PC dimatikan. SP2 diengkapi dengan Firewall Windows dalaman yang berkuasa dan pada asasnya sedia diaktifkan. Ini membantu melindungi Windows XP daripada pelbagai virus dan cecacing yang boleh merebak menerusi Internet.


6. Menyediakan pusat kawalan keselamatan yang lebih baik. SP2 dilengkapi pusat kawalan keselamatan lebih baik yang dikenali sebagai Windows Security Center. Pusat ini membolehkan anda melihat status keselamatan dengan mudah dan mengurus ketetapan utama keselamatan pada satu tempat yang selesa.







7. Menyediakan kemaskini keselamatan yang mudah. Penambah baikan terhadap ciri Automatic Updates Windows XP telah memudahkan lagi proses untuk mengemaskini Windows. Selain itu, teknologi baru juga ditambah untuk membantu pengguna internet “dial-up” memindah terima kemaskini dengan lebih efisyen.


8. Menyediakan perlindungan terhadap alamat e-mel. SP2 juga telah membuat penambah baikan terhadap aplikasi Outlook Express dalam usaha untuk mengurangkan kemasukan e-mel yang tidak dikehendaki. Caranya, dengan membataskan kemungkinan alamat e-mel anda dieksplotasi oleh penghantar spam.


9. Mencegah kelumpuhan (crash) akibat pemasangan perisian tambahan pelayar Web. Ciri baru Add-On Manager di dalam Internet Explorer memudahkan anda melihat dan mengawal perisian tambahan. Ini dikatakan dapat mengurangkan berlakunya kelumpuhan dan anda boleh melayari web dengan bebas.


10. Memudahkan penggunaan wayarles. SP2 terus menyokong penggunaan wayarles dengan memudahkan lagi proses untuk mencari dan berhubung dengan rangkaian wayarles di rumah atau dalam perjalanan.

Thursday, September 30, 2010

Kunci Hilang di AEON Jaya Jusco_Satu memori


Mau x mau, aq kene amek maswe kejap untuk post memori ku ini..
Semalam aku dan member2 pergi ke Perpustakaan Negeri Melaka untuk membuat rujukan dan kajian...pastu, fitri ajak ke Jaya Jusco untuk jalan2 jer....


Jalan punye jalan, time nak balik...
aku periksa la beg aku, sekali kunci x dela...ape kes...ilang la tu, samede tercicir atau .......hihihih...


tAK GELABAH aku dibuatnyer, x balik la aq jawabnyer...hahaha...nasib bek de fitri n miji...pinjam moto dorang balik umah jap...nasib menyebelahi aku..aku masih menyimpan kunci sper moto....nasib aq sungguh baik....


So, malas nak citer panjang2...bukan best nau pun citer aq ni...aq sendiri pn nyampah nak story...patah lagi korang yang mendengar kan?????


So, konklusinyer myb kunci motor aq masuk kat dalam mangkok jamban...or tercicir kat mane2 tah....ataupun de org dah jumpe kunci aq kat motor ex5 aku tu...tapi x kene kipnap lak...ok...
thanks dengar.....

Monday, September 27, 2010

Kategori dan Perawi hadis mengikut keutamaan-MINI JURNAL


Lame sungguh tak update my blog...busy sangat2 diriku ini...
so, aku nak tinggalkan sedikit bacaan ilmiah dan informasi tok korang semua...bace k...penting ni!!!!!









KITAB-KITAB UTAMA DALAM ILMU HADITH


1. Sahih al-Bukhari

Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muhammad Bin Ismail al-Bukhari, lahir pada 13 Syawal tahun 194H, wafat pada 256 H.

Tergerak hati untuk mengumpulkan hadith2 sahih apabila mendengar kalam salah seorang gurunya iaitu Imam Ishak Rahawaih berkata “ Sekiranya kamu mengumpulkan sebuah kitab yang ringkas bagi hadith-hadith sahih dari Nabi SAW .” Kitab beliau menduduki tangga teratas selepas al-Quran. Menurut Ibn Hajar al-asqolani dalam muqaddimah Fath al-Bari Shohih Bukhari mempunyai 7398 hadith dengan perulangan. Tanpa perulangan sebanyak 2602 hadith.

Lebih utama daripada sahih Muslim kerana :

a) Imam Bukhari mensyaratkan setiap perawi yang mengambil dari perawi lain mesti berada dalam satu zaman dan mesti berjumpa sekurang-kurangnya sekali. Manakala Imam Muslim hanya mensyaratkan berada di satu zaman, tanpa syarat berjumpa.

b) Imam Bukhari lebih merupakan seorang yang faqih berbanding Imam Muslim.

c) Imam Bukhari tidak mengambil hadith dari Imam Muslim, manakala Muslim mengambil dari Bukhari.

d) Bukhari mengkaji perihal perawi.

e) Para perawi yang dikritik dalam sanad hadith dalam sahih Bukhari hanya lebih kurang 80 orang sahaja. Manakala Muslim lebih kurang 160 orang. Dalam keadaan Bukhari mengambil Hadith dari guru-gurunya yang amat dikenalinya, kebanyakan guru-gurunya telah dikritik sebagai dhoif, tetapi beilau lebih kenal akan guru-gurunya daripada para pengkritik.

f) Kurangnya pengkritik ke atas Bukhari dari sudut ‘syaz’ dan ‘illah’ berbanding Muslim. Bukhari sebanyak 78, manakala Muslim sebanyak 130.






Kitab syarah dan ringkasan Shohih Bukhari terlampau banyak, hinggakan kitab syarahnya sahaja mencecah 82 buah.

Syarah Bukhari yang paling popular adalah :

a) I’lam as-Sunan, Imam al-Khattabi.
b) At-Tanqih, Imam Badr al-Deen al-Zarkasyi.
c) Fath al-Bari, Al-Hafiz Ibn Hajar al-asqolani.
d) Umdah al-Qari, Badr ad-din al-‘aini.
e) At-Tawsyikh, Al-Hafiz Jalaluddin As-Suyuti.
f) Irsyad al-Sari, Ahmad Bin Muhd al-Qastalani.


Kitab khusus yang meneliti perawi-perawi di dalam sahih Bukhari :

a) Asma’ Rijal Shohih al-Bukhari, Ahmad Bin Muhd Al-Kalabazi.
b) At-Ta’dil wa at-Tajrih liman kharaja ‘anhu al-Bukhari, Al-Hafiz Sulaiman al-Baji.








2. Sahih Muslim


Ditulis oleh Imam al-Hafiz Muslim Bin Hajjaj al-Qusyairy al-Nisaburi lahir 204 H, wafat 261 H. Menduduki tangga kedua selepas Shohih Bukhari atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas.

Bagaimanapun, Sahih Muslim lebih utama dari sahih Bukhari dari sudut ilmu penulisan, seperti Muslim tidak banyak perulangan hadith, begitu juga isnad. Ia juga menggabungkan seluruh hadith berkaitan dalam satu bab, juga meletakkan jalan-jalan (turuq) yang diredhainya. Begitu juga meletakkan isnad dan lafaz yang berbeza, yang mana ia menjadikan lebih mudah bagi pengkaji berbanding Bukhari.

a. Hadith di dalamnya sebanyak 7275 dengan perulangan, sebanyak 4000 tanpa ulang.
b. Imam Muslim mempunyai kaedah tersendiri yang hebat dalam menringkaskan sanad menurut keadah matematik.

c. Kitab syarahnya mencecah 15 buah. Yang paling popular :

i. Al-Mu’lim bi fawaid Muslim, Imam Muhd Ali Al-Mazari al-Maliki.
ii. Ikmal al-Mu’allim bi fawaid Muslim, Al-Qadhi ‘Iyadh al-Maliki.
iii. Al-Minhaj Syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi.
iv. Talkhis Shohih Muslim wa syarhuh, Ahmad Umar al-Qurtubi.
v. Mukhtasor al-Hafiz Zaki ad-Din al-Munziri.

d. Kitab yang meneliti rijal ( perawi ) dalam shohih Muslim:

i. Rijal Shohih al-Imam Muslim, Ahmad Ali Manjuyah.
ii. Rijal al-Bukhari wa Muslim, Al-Hafiz al-Dar Qutni.

3. Sunan An-Nasaie

Imam al-Hafiz Ahmad Bin Syuaib al-Khurasani (215 H-303H).

Ia menduduki tempat ketiga kerana merupakan sunan yang tersedikit mengandungi hadith Dhoif.( demikian menurut Dr Mustofa as-Siba’ie dalam kitabnya as-Sunnah wa makanatuha fi at-Tasyri’ al-Islami). Imam Suyuti pula menyatakan sunan ini adalah terbersih sanadnya dari empat sunan selepas sahihain.

Beliau menjelaskan perihal rawi dari sudut sahih, dan asoh, dhoif dan ad’af.

Hadith dalam kitabnya terbahagi kepada 3 jenis:

a. Hadith yang dikeluarkan oleh Bukhari dan Muslim.
b. Hadith sahih di atas syarat Bukhari dan Muslim, tetapi tidak dikeluarkan oleh mereka berdua.
c. Hadith yang terpisah dari i’llah Hadithnya.
Kitab syarahnya :

a. Zahru al-Ruba ‘ala al-Mujtaba, Imam As-Suyuti.

b. Ihktisharnya dikarang oleh Imam as-Sandi.










4. Sunan Abu Daud


Oleh Imam al-Hafiz Sulaiman bin As’ath al-Sijistani ( 202 H- 275 H )

Beliau mengeluarkan hadith dari kumpulan 500,000 hadith lalu memilih yang terbaik. Sunannya mencecah 4800 hadith.

Beliau menghadkan sunannya kepada hadith ahkam, lalu merupakan kitab hadith pertama yang bersifat kumpulan hadith ahkam.

Jika hadith dalam kitabnya terlampau wahan, beliau akan menjelaskannya, ( Ibnu Solah menaqalkan kalam Abu Daud sendiri )

Kitab beliau istimewa kerana menyebut masalah-masalah furu’. Contohnya dalam Bab al-Adab yang mempunyai 80 bab. Juga mengandungi perincian terhadap sunnah perbuatan, perkataan, taqrir dan sifat Nabi.

Syarahnya oleh :

a. Imam Al-Khattabi, Ma’alim as-Sunan.

b. Qutb ad-Din as-Syafie.

c. Al-Syeikh Shihabuddin Ar-Ramli al-Syafie.

d. Syaraf al-Haq Abadi, ‘Aun al-Ma’bud.

Ikhtisornya oleh :

a. Al-Hafiz al-Munziri.

b. Imam Ibn Qayyim beserta syarah.





5. Sunan at-Tirmidzi / al-Jami’ li Imam at-Tirmidzi


Imam al-Hafiz Abu Isa Muhd Bin Isa at-Tirmidzi ( 209 H - 270 H )

Sunannya disusun menurut bab fiqh dan lainnya, terkandung hadith Sahih, Hasan dan Dhoif. Beserta penjelasan darjah ( kekuatan ) hadith.

Ia merupakan kitab yang khusus dalam menyatakan Hadith-hadith bertaraf Hasan. Ini kerana beliaulah yang pertama mengelaskan hadith sebagai Hasan lalu menjadikan kitabnya sebagai sumber utama untuk tujuan itu.

Kitab beliau ini tidak sunyi dari kritikan para ulama’ hadith, serta dianggap beliau ‘mutasahil’ dalam men’sahih’ dan meng’hasan’ serta mengambil hadith dari rijal dhu’afak ( perawi dhoif ) dan ‘Matruk’. Antara yang mengkritik ini adalah al-Imam al-Hafiz Shamsuddin az-Zahabi.

Hadith Hasan menurut Imam At-Tirmidzi adalah

a. Perawi dalam Isnadnya tidak dituduh ‘al-kizb’ ( pembohong).

b. Tidak ‘syaz’

c. Diriwayatkan lebih dari satu jalan. (lihat al-ilal al-Shoghir , Imam at-Timidzi, 5/658)

Syarahnya oleh :

a. Abu Bakar Ibn al-‘arabi ( 543 H ) ‘aridatul ahwazi.

b. Imam As-Suyuti as-Syafie ( 911 H )

c. Ibn Rejab al-Hanbali ( 795 H )

d. Abd Rahman al-Mubarakpuri al-Hindi ( 1353 H ), Tuhfatul ahwazi.





6. Sunan Ibn Majah


Oleh Imam al-Hafiz Yazid Bin Majah ( 207 H - 263 H ).
Mengandungi lebih kurang 4000 hadith.

Ulama’ terdahulu hanya menjadikan usul utama hadith dalam 5 kitab yang disebut di atas, lalu ulama’ terkemudian meletakkan kitabnya di nombor 6 kerana banyaknya manfaat dalam bidang fiqh. Individu yang pertama meletakkannya di tangga ke 6 adalah, al-Hafiz Muhd Bin Tohir al-Maqdisi ( 507 H ).

Bagaimanapun terdapat ikhtilaf dalam meletakkan kitab hadith di tangga ke 6, ada yang memilih Muwatta’ Imam Malik, atau Sunan ad-Darimi. Ini adalah kerana Ibn Majah terkenal mengeluarkan hadith dari perawi yang dituduh pembohong dan pencuri hadith.

Syarahnya oleh:

a. Muhd Musa al-Damiri ( 808 H)
b. Imam as-Suyuti (911 H) , Misbah az-Zujajah ala sunan Ibn Majah.