Thursday, November 18, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Unsur Bid'ah





Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua kawan-kawan dan pembaca yang setia. Memang saja aku pilih tajuk ini as posting sempena musim raye aji..atau juga lebih dikenali di kalangan bangsa Melayu sebagai hari raya korban. Sepertimana diketahui umum, ke-4 4 hari di bulan ini merupakan hari tasyrik di mana hari tersebut diharamkan berpuasa bagi semua umat Islam. Permasalahannya ialah ramai juga di antara kita berpuasa pada hari tersebut kerana berpendapat berpuasa di hari tersebut besar pahalanya dan mendapat ganjaran berlipat kali ganda kerana berpuasa pada hari kebesaran Islam. Ini adalah satu amalan yang sesat dan menyesatkan boleh aku simpulkan sebagai perkara bid'ah. Nabi melarang, tapi bukan main mangkau dengan pendapat masing-masing.



Aku yakin, hal demikian berlaku kerana kurangnya didikan agama dan terlalu taksub dengan amalan walaupun ianya diharamkan secara terang-terangan. Mungkin juga mereka beramal dengan hadith2 Maudhu'. Maklumlah, di Malaysia kini boleh tahan juga yang beramal dengan hadis Maudhu' yang bersifat galakan. Hadith tersebutlah menjadikan perkara bid'ah semakin mendapat tempat di hati umat2 Islam masa kini berbanding dengan hadith2 lain seperti Mutawatir, hasan dan sahih serta sebagainya.



Maka, berhati2lah kita dalam beramal. Kalaulah nak diperincikan tentang bid'ah, memang tidak akan ada penghujungnya. Inilah masalah umat Islam masa kini. Uruskan masalah dalaman maka teruruslah masalah luaran.

No comments:

Post a Comment