Wednesday, July 23, 2014

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA-BRIGED SARAWAK,BATU KAWA


Program Transformasi Minda ( PTM) adalah satu program berkursus bagi menggantikan induksi bagi pengesahan jawatan seseorang Pegawai awam.

Arahan PTM datangnya dari PDRM Bukit Aman sepertimana yang telah disiarkan dalam e-Siar (rmp.gov.com.my). Seramai 65 orang PEGAWAI AWAM POLIS berlainan gred, jawatan dan skim diarahkan untuk menghadiri kursus tersebut bagi pengesahan jawatan. Hari pertama semasa melapor diri seramai 69 orang yang melapor diri, bermakna seramai 4 orang namanya tidak tersenarai dalam arahan tersebut.
Ceritera dari diriKU :
Aku melapor diri Kursus PTM pada hari Jumaat ( 20 Jun 2014 ), selepas solat Jumaat jam 2.30 petang bertolak dari IPD BAU dengan menaiki kenderaan pasukan ( pemandu : KPL Jaafar B. Sulong ) menuju kearah Briged Sarawak, PGA, Batalion 11, Batu Kawa, Kuching Sarawak. Sesampainya di Briged, aku terus saja melaporkan diri, nasib baik namaku tersenarai kerana aku telah membuat pengesahan kehadiran . Tidak seperti sahabat-sahabatku yang lain tidak membuat pengesahan kehadiran. Akibatnya nama mereka tiada dalam senarai berkemungkinan tidak diizinkan untuk menghadiri kursus PTM ini. Sejak melapor diri memang aku menilai bahawa system pengurusan di PTM tidak bersistematik, Urusetia semasa agihan penginapan pun tiada di tempat transit, hinggakan kami tersesat untuk mencari transit no. 17. Akhirnya jumpa jua, aku ditempatkan bersama 5 orang sahabat yang berlainan jawatan dan tempat bertugas. Ok, rojak sikit la bahasa aq pasni. Aq perkenalkan kpd pembaca blog ni, mereka ialah Naza, Arsyad ( IPD MUKAH ), Azlan ( batalion 12-SIBU), Kebing ( IPD LUNDU ), & Less.
Selesai jer sesi pengenalan aq ngan 5 org kawan bilik 17. Masing2 berehat, pasang cadar putih pada tilam masing2. Pada mulanya, aq kurang bercampur ngan dorang ni. Yela loghat yang dorang gunakan adalah Melayu Sarawak. Aq orang Melaka pure (piau bak kate org Melaka) Aq x paham sangat, paham ckit2 jer. Aq lelap jer tanpa menghiraukan dorang tu. Majoriti peserta PTM ni adalah dari cawangan BAKA, sejenis ngan aq jugak, sama skim dari JAKIM datangnya dari semenanjung yg bertugas kat semenanjung, sabah dan Sarawak. Kiranya peserta kursus PTM ni datangnya dari Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Permulaan Kursus PTM dimulakan dengan sesi taklimat (briefing) spt mana mengikut tentatif. Diteruskan lagi hari esoknya dengan sesi ice-breaking ngan kawan2 antaranya Tendang Bola, Lukisan ( karya masa depan ), senaraikan 5 nama peserta PTM( 3 lelaki, 2 pompuan _nama, formasi, hobi,nama manja) Dsb.
Keadaan & suasana di bilik transit 17 (dah macam bebudak asrama dah) boleh tahan selesa. 1st day tu memang panas gilak, lama-lama ok jak. Hampir setiap malam ada jer cerita, pengalaman masing2 dibualkan, di jadikan bahan menghiburkan diri. Cerita paling famous adalah pasal DRACULA : The Impaler ( Vlad Tepez ) membongkarkan kisah sebenar kejahatan dan kesadisan si Vlad. Cerita lain spt Masyitah, Kisah Musa & Firaun, dan ada jugak sesi soal jawab agama. Maklum la, memandangkan aq sorang jer BAKA dalam bilik 17 tu, lain2 bilik semuanya ramai baka, ade tu 6 org Baka ( Total ). Relationship kitaorang 6 orang dah macam Siblings suda ( cubit kiri, kanan terasa ). Ape taknya, makan sesame, pergi kuliah sesame, tidur sesame, naik kereta sesame, balik kuliah pun sesame, jangan ade yg tertinggal ( sebabnya kami muafakat, kunci kereta hanya satu jak ), tidak sesekali boleh berpisah. Hanya 1 perkara jak kiteorang tak sesame, masuk toilet & mandi sesame..So danger! Nanti kene cop GAY pulok..hahaha
Dalam bilik 17 ni, semuanya spoting2 belaka. Banyak stok air mineral ( 2 kotak smpai tak terhabis time check out aritu ), dan makanan biskut2 dan jajan. Memang sengaja dibeli untuk dikunyah2 setiap malam time sesi penceritaan dan share pengalaman masing. THANKS kengkawan 17, aq rindu korang. Dalam kursus PTM ni masing2 ade trademark, aq bawak trademark aq : SHARING IS CARING, mula aq gunakan time sesi pembentangan misi,visi, logo setiap kumpulan. Aq jugak seorang pengkritik yang bole tahan pedas, membangkitkan kemarahan sesetengah pserta PTM. Aq menitikberatkan format sesebuah logo, kekemasan wording dlm logo, format ejaan (short form ) dan kata awalan setiap pembuka ayat yang bersalahan dalam etika persuratan kerajaan. Sampaikan Arsyad (baka marudi ) tidak puas hati sama aq, dia membangkitkan isu logo JAKIM pulak yg tidak berlining. Hampir berentam jugak..Tp, dia minta maaf lepas je presentation tu. Settled…
Nama kumpulan aq ialah RENTAP ! mungkin bersempena dengan kursus kat Sarawak. Nama salah seorang pahlawan ulung kat Sarawak. Yang penting, semangatnya yang group kiteorg mahukan. Ahli kumpulan aq terdiri daripada 13 orang yang berlainan tugas, skim. Baka hanya cuma 3 org jer, aq, syahmie & shafie. Tak macam kumpulan2 lain, BAKA dorang smpi 5-8 orang. Tapi tu semua tak penting, yg penting kualiti persembahan, kelancaran, kerjasama berpasukan, idea dari setiap ahli group RENTAP tu sendiri. Gituuu donk. Ahli kumpulan ditentukan melalui serpihan kertas kecik yg dibunyikan burung2, lagu secara hamming. Sume hamming, BURUNG KAKAK TUA, macam2 bunyik ade, memang best giler la, lawak. Masing2 setiap dari ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dalam presentation berkumpulan, aku di antara mereka2 yang boleh tahan bercakap jugak. Yg dominan jugak dalam RENTAP : Syahmie, Kecik ( Radzi ), Azua, Mandonna, Kak Faieza dan ramai lagi.
LDK ( Latihan Dalam Kumpulan ) pulak, kami diagihkan diarahkan untuk melukis logo kumpulan, misi, visi, motto. Mencetuskan idea Teknologi pada tahun 2020 : Multiporpose Car_boleh dlm air, boleh atas jalanraya. Adapun dari persembahan akhir utk kumpulan RENTAP pada MAJLIS MAKAN MALAM, kami sebulat suara untuk mempersembahkan lakonan yg tak seberapa nak best. Pasal SAHABAT dalam pejabat. Mengisahkan dalam pejabat jangan dok gaduh pasal bende remeh. Aq pada mulanya amik karakter pelakon pembantu, watak kecik je sebagai BATU API (SETAN). Last2, pada malam berlakunya majlis makan malam tu, kecik serahkan watak Lakonan dia kat aku. Aku terpaksa akur dan terima je, maklumla kecik kan exco, exco kene smart2, makan tempat khas. Watak aq dalam teater tu simple jer, bengis ckit. Aq di marah oleh PA KPD pasal x siap keje, padahal keje tu bukannya keje aq, aq adalah SB. Keje tu keje kewangan, last2 aq campak fail tu ke Madonna (kewangan), memang keje dia. Dianya asik mekap, main fesbuk, x suda2. Time aq marah donna ramai kawan2 kata aq macam betul2 marah (serius ), haha..Terover suda, tapi mmg nmpk kelam kelibut geng2 aq berlakon. Tak tersusun, bersepah, nasib baik persembahan je.
Kawan2 (peserta) yang paling dominan, nampak ketrampilan dan menyerlah spt Haikal (Apek) dah tentu la sebab dia Presiden, Udin (Solahuddin), Kecik (Radzi), Afiq, Syahmie, Azrin dan ramai lagi. Pasal senaman pagi pulak, kiteorg just ade senaman pagi sekali jer tak seperti yang direncanakan dalam aturcara tentatif. Setiap pagi juga sebelum memulakan kuliah demi kuliah, kiteorang akan menyanyi lagu NEGARAKU, POLIS SEDIA BERKHIDMAT, PENJAWAT AWAM serta bacaan doa dan ikrar ( setiap hari orang lain2 ). Aku pun penah baca doa pagi, sekali jer. Ambil pengalaman dan tak mahu malukan BAKA, maklumla ramai Ustat2 BAKA, tapi semuanya tak berani macam aku, hahah..Si Lan dan Si Shad, Si Naza member2 baru yg baik kata, aq baca doa macam baca khutbah, mmg best dan terbaikkk !! haha, ade2 jer mereka2..
Makan minum dari pagi sampai ke malam sepanjang PTM berlansung sebanyak 5 kali sehari. Ok la juak, sedap masakannya. Tapi, asik bende yang same kiteorg makan, ayam dan ikan tongkol. Naik muah dah makannya. Penah juak aku jadi pelayan cedok kuah melayan kawan2 PTM sebagai tolong menolong dalam bersahabat, nampak la bersistematik dan terbinanya ukhwah dan Mahabbatul Insan. Identiti aq pulak dirahsiakan. Who is me? Its secret orait.. aq tak mengenakan songkok hitam sepanjang kursus/kuliah berjalan ( sik mauk dominan bangat). Cuma ade satu ari tu jak aq pakai dlm dewan kuliah yang dipindahkan ke tempat lain buat seketika. Time tu seingat aq, aq demam selsema, bnyk kali bersin, idong berair, sampaikan bersin kuat sume kawan2 dok ngok aq, malu aq, hahah..aq juak dapatkan ubat pil selsema dari kak FAIEZA (SEkumpulan RENTAP ), lega sikit. Sampaikan ade 1 malam tu aq terus je tdo tanpa hiraukan kwnb2 bilik 17 berbual sbb aq dh ngntok makan pil selsema, lalok dohh..Sabtu dan Ahad minggu tu di BRIGED Srawak memang tak dapat nak berjalan ke KUCHING macam selalu, tapi aq kat PTM ni best ditemani kawan2 bilik 17 yang baik, caring macam adik beradik.
Aq menggunakan nama/identity AREL sebagai nickname/nama glamour/nama komersial, baru Nampak manja ckit. Nama bagi FB, WhatsAPP, WeChat. Arel From Farel. Aq telah terpilih ngan sticker kale biru, then tampal kat nametag kursus. Ramai gak yang tanye, apekejadahnya sticker kale tu, so tak taw..myb penilaian fasi2 kot buat kiteorg. For information , kursus PTM ni hanya semata2 demi melepaskan syarat2 sah jawatan dalam skim masing2.
Pada hari Ahad (21/6/14), diadakan LDK dalam group masing2. Permainan main tutup mata, amik kain hitam tutup mata masing2. Setiap group diberikan bunyi haiwan. Group aq (RENTAP) diberi bunyi haiwan buaya. Entah ! bunyi buaya pun kamek org tak tahu, lagi mahu bunyikan. Fasi yang kasi bunyi tu sendiri pun tak taw, last2 bunyi buaya kami “Wiiwiiitt”, hahah. Tergelak aq dengau bunyik nyer, macam org sundal jak. 1 group kene bunyi camtu. Setiap kawan2 kat blkg kene pegang bahu kawan kat depan supaya tak terputus group tu. Sume group diarahkan untuk bergerak sambil berbunyi haiwan masing2, ade bunyi anjing, kambing, lembu dsb. Dalam mase yg same, ade jugak setan2 ( fasi myb ) mengacau barisan dlm group ( memutuskan barisan ), supaya nmpak lebih menarik. Komunikasi 2 hala bermula, 1 group berpecah kpd 1 group yg lain dlm 1 group yg sama. Kenelah bunyi WiiWiit mencari dan sambung semula kawan2 yang hilang. Suara aq dah serak2 basah dah time tu, dah xde suara lagi dah. Memang susah la nak cari group yg hilang tu, dorg pun lansung takde respon bunyi WiiWitt juak. Semua kumpulan x dapat nak cari anggota2 dorg yang dah hilang. Pada malamnya, LDK diteruskan lagi dengan aktiviti santai iaitu Komunikasi Ralat
(system error). 1st-Penyampaian berdasarkan kefahaman bahasa badan. Si Haikal (apex-Presiden) bagi isyarat telur ( dalam arahan situasi di kedai mamak, ade sebut bungkus roti telur 2), member aq ni punya nak kasi audiens faham ditunjukkan nya 2 biji telor dia bagi mewakili roti telor, nak kasi org2 didepannya faham. Memang gilak lucu la time tu, berdekah 1 DEWAN PAHLAWAN, berkali2 isyarat telur tu dilakukan. Apek apek, kreatif sungguh,lucah, berfikir di luar kotak. 2nd-Komunikasi Ralat iaitu maklumat dari sumber pertama,kedua, ketiga dan akhirnya spt mana game yg aq penah main mase ngajau kat Tahfis Masjid Tanah. Sumber utama mesti tepat sehinggalah sumber terakhir. Sikit je salah, melaratlah sampai ke akhir. Esok malamnya ada buat aktiviti sarang labah2 dan dirikan bendera mewakili setiap kaum dan etnik dalam Malaysia.
Selama mana pernah aq berkursus 1st time aku menggunakan duit. Terpaksa juak gunakan duit, walhal hujung bulan tu. Aq just bawak dalam Wallet RM37.00 jer. Kene bayar RM10 utk sewa transit, RM10 utk Majlis Makan Malam ( dinner ), RM17 utk duit gambar ( ni ok la ). Tak silap sesi bergambar diadakan pada hari Selasa pagi (24 jul 14).
Hari pengakhiran tidak lama lagi menjelang. Hati mula rasa sayu, pasni aq bakal kembali ke formasi Bau semula, sememangnya rasa bOsan gilak dan tension tidak berteman hari2 di IPD Bau. Hari Rabu ( 25 Jun 2014 ) merupakan 2nd last day kami di PTM, Briged Batu Kawa. Hari Rabu, kiteorg menjalani Peperiksaan dalam Kursus PTM ni (penilaian). Then, hari yang sama kamik orang outing ke Waterfront, Plaza Merdeka, CityOne naik kereta tak macam pserta2 lain naik bas polis. Aq Iktizal bha, haha. Bersama2 naik kereta ialah aq, Naza, Lan, Kebing dan Arshad, sumenya budak bilik aq, bilik 17. Kiteorg makan KFC kat Plaza Merdeka, 5 orang sejoli ni la, memang TERBAIKKK. Lepas jer makan KFC, kami segera ke Waterfront untuk berSELFIe (snap picture) untuk kenangan masa2 akan datang. Program diteruskan ke Boulevard bagi misi pencarian sluar slack Naza, Yeaaah dapat juak dia. Terus kembali ke Briged Sarawak bila misi tercapai.
Pada Rabu malam tersebut, adalah PRA perpisahan kami. Telah diadakan Majlis Makan Malam bagi peserta kursus PTM bersama2 ngan Fasilitator. Malam tu adalah malam peserta, katanyalah, tapi taj jugak. Fasi pun sama2 nyibuk nak karok, hahah. Malam tu, setiap kumpulan dimestikan membuat sedikit persembahan perpisahan. Ada yang buat Fashion Show ( ni group yg best la, funny ), ade jugak buat dikir barat, monolog pentomen, lakonan (Rentap) yg mcm Jahanam broken jak. Majlis Dinner malam tu diteruskan lagi dengan nyanyian dan dendangan oleh Retis2 tanah air yang memendam bakat2 mereka, temasuk la aq. Ahaahaha..Pada mulanya Nampak takdak sambutan, feedback yang tak ramai. Lastly, sampai Host : Afiq pun tak terlayan lagu2 permintaan daripada penyanyi2 pada dinner malam tu. Sebagai penyanyi pd malam dinner tu, aq peserta yg ke-3 naik stage kat depan tu, 1st skali Usin, 2nd Sayhmie Saratok. So great la stage nyer, gempaQ ala2 konsert JomHeboh bagai, ada audiens, ade sportligt concert, disco light, speaker audio pun best jugak. Di antara lagu2 dinyanyikan oleh penyanyi kpd next song diselang-selikan dengan lagu2 Techno Concert macam konsert2 Mat Salih spt American Idol, Music Award dsb..Memang terbaik, like it that macam dalam konsert betul, Fuhhhh..Si Syahmie bawak lagu Awie ( Bara yang panas memebara…), 2 kali atas permintaan ramai, pewit, 1stnyer ade masalah teknikal kat screen tv, kejap ade kejap xde..so Syahmie giveup terus jer turun stage then dah ok Syahmie naik kali ke-2.
Dalam konsert makan malam tu, aq jer bawak 3 lagu, 3 kali la naik Stage untuk nyanyi, peserta yang paling menyerlah pada malam dinner tu. 1st lagu aq Rendang Tak Berbuah yg dipopularkan oleh Hattan, 1st time naik tu dapat gak tepukan gemuruh dari kawan2 PTM dan Fasi2 kat bawah. 2nd song lagu DI ALAM FANA CINTA oleh Fotograf, Aku Feat ngan Arshad (budak bilik 17)aq baru kuar toilet, tengok2 arshad dah ade atas stage,tersu jer aq naik. lagu ni tinggi sebenarnya, tapi malam tu aq boleh bawak, cover macho n control suara sikit, tetibe suara rock aq terpacul terkeluar, maka bergemalah Dewan Pahlawan Briged Srwak, myb aq perasan ada pegawai sound aq sbb suara kuat sgt, haha. Syahmie kata, Mil Terbaik la mu, best ko..Thanks..Last song yang aq bawak ialah MIMPI YANG SEMPURNA yg dipopularkan oleh Arel Peterpan, aq guna nama AREL atas lagu ni, terkejut juak aq dengar nama aq diumumkan Host Afiq sebagai penyanyi solo yang terakhir buat persembahan atas Stage tu. Fikir aq, saje memain kalau2 dapat, last2 dapat jugak..terkejut, tak percaya..sementara aq menyanyi lagu tu, kawan2 peserta PTM yang lain dok sibuk cari lagu untuk Ramai2 nyanyi nanti( peserta2 jak ). Bernyanyi memupuk dan mengeratkan hubungan persahabatan. Lagu untuk ramai2 ialah lagu Teman Sejati (Brothers), kami yang lelaki masing2 berpelukan di bahu kawan2 kiri dan kanan sebagai tanda persahabatan kiteorang, masing Nampak mesra dan kami bersalaman berpelukan sesame sendri slpas jer lagu tu abis. Then, Fasi pulak ramai2 dok nyanyi atas stage, haha..terbaik..malam tu, ramai otai tak nyanyi tunjuk bakat dorang : Apek ( haikal ), Udin, kecik. Azrin dan Jira duet sama. Less dengan PERSEMBAHAN GOYANG cek mek molek. TARMIZI belaga dengan lagu 80-an nya, Ustaz Nazri dengan lagu duetnya berjudul Cinta Kristal, Tompinai dengan lagu English nya, Mama Rock ( 3 diva ) dengan lagu dangdutnya (bulan itu bulan kita) dsb. Kemudian, giliran fasi2 pulak untuk nyanyi ramai2, kami peserta hanya di bawah berjoget ramai2 angkat kaki, tu pun aq yg mulakan baru ramai2 ikut. Pastu ramai2 jugak lompat tinggi2, aq hampir pengsan sebab terlalu excited. Kawan2 lain mengangkat aq, sambil bertanya : are u okay?mil @ arel ko ok x?hehe..aq bangkit semula dan tarik nafas cool, chill out untuk sesi mengemas dewan bagi majlis Penutupan esok pagi oleh Komander Briged Sibu. Malam tu, aq dan kawan2 sebilik 17 dah siap2 kemas, packing, setting barang serba sedikit untuk kepulangan esok hari. Malam tu kiteorang tak bercerita, balik dinner konsert terus jer tido masing2, penat berjalan siang, letih menyanyi malam.
Jeng jeng jeng..Tibalah hari penutup, Khamis 26 Jun 2014. Bangun pagi ngan penuh semangat untuk hari yg terakhir. Jauh kat sudut hati terasa sepi kerana tak lama lagi kiteorang akan berpisah,tidak ada suara untuk orang bercerita, tidak ada suara kawan2 menyanyi.
Hari akhir, khamis dimestikan setiap peserta memakai baju batik bersama name tag bagi majlis penutupan rasmi. Ramai kawan2 yg dok snap picture dan saling bertukar2 nombor fon termasuk aq. Bnyk jugak aritu snap pic. Majlis penutup dirasmikan oleh Komander Briged Sibu ( Boss si Lan ). Then, ucapan Presiden APEK dsb. Lepas abis majlis penutup, diadakan post-mortem. Sorang demi sorang bercakap, comment peserta PTM dan memohon maaf atas kekurangan mereka mengendalikan program ni. Sedih la juak ku dengar nya.
Hampir sgt ke penghujungnya, serahan gambar dan log latihan. Jugak disertakan Arahan cuti tanpa rekod selama  2 hari dari Unit Latihan Bukit Aman sebab kursus PTM ni ade amek mase kiteorg ari sabtu dan ahad, so dapat cover balik..hehe, terbaik.
Then, kiteorg Sign Out ( Check Out ) dengan menyerahkan semula Tag Pas bernombor Lawatan berkursus kat pihak Briged SARAWAK. Bersama2 dengan tu, diserahkan jugak cadar dan sarung bantal spt mana yg diberikan pada awl2 check in aritu sebelum tinggalkan Briged. Ku hanya mampu ucapkan SELAMAT TINGGAL, GUDBYE, SAYONARA, ILAL LIQA’ kat kawan2 lain selain dari budak2 bilik 17. Masing2 balik ke tempat dorang bertugas, Sabah ( BAKA ), seluruh Sarawak dan Tanah Besar Malaya.
Aq masih bersama denagn kawan2 bilik aq, ade next plan ops, hehe. Plan kiteorg, ngok wayang movie TRANSFORMERS : Age Of Extinction yang mana aritu adalah 1st day movie tu ditayangkan. Bagus gitu, ngok TRANSFORMERS : Age Of Extinction bersempena dengan tamatnya kursus PROGRAM TRANSFORMASI MINDA, memang terbaik. Lokasi cinema kat CITYOne, tak lain tak bukan Golden Screen Cinema ( GSC ) paling better, selesa, good smell, luas, sejuk, screen besar, audio super bass, very competen n smooth gitu. Kiteorg ngok movie transformers tu 5 org termasuk aq : Lan, Kebing, Arshad, Naza. Tp sebelum tu, Naza sempat beli Jam dia, jam CASIO, baru dapat gaji semalam tu, hahah. Tiket wayang masing2 beli sendiri, sorang RM13 standard kalau citer baru kene pulak BOX OFFICE. Makan Popcorn pulak siap air, ade org support, Shad suppot aq kot, Thanks Shad. CitER TRANSFORMERS durasinya selama 2 jam 30 minit kalo tak silap, aq sempat tertidur juak, ngantok sebab malam semalam tu kan karok, sik ckup tidur bha. Takpa, nnt revenge beli DVD movie tok.
Tamat suda cinema TRANSFORMERS : Age Of Extinction, kiteorg masing2 pasni akan betul2 berpisah, memang mungkin tak jumpa lagi kah. Sedih jugak aq nak berpisah, kami berpelukan sesame sendiri, utk kali terakhir aq menatap wajah kawan2, relakan saja mereka kembali ke tmpat tugas mereka. Lan akan pulang ke SIBU petang tu jugak kebing hntar dia ke KiA, Shad myb stay Kuching hotel sebelum balik ke Mukah sbb dia open tiket, Kebing balik ke Lundu. Dorg bertiga naik 1 kereta menuju ke destinasi masing2. Makanya, tinggal aq berdua jer,aq dan Naza ( yg terakhir kawan dr PTM berpisah ) yang akan hantar aq pulang semula ke IPD BAU petang tu. Time tu seingat aq la, hujan boleh tahan jugak, jalan2 tar penuh air.Sepanjang perjalanan, aq banyak bercerita bercakap ngan Naza, utk mengisi kelapangan yg ada dalam kereta Viva putih dia smbil lagu2 melayu 80-90an berputar melalui player dia. Jalan punya jalan, cakap demi cakap, akhirnya sampai suda kami di IPD BAU, kata Naza nilah 1st time dia smpai IPD aq. Padahal dia tu asalnya Kuching Boy, yela Sarawak kan Besau, hihi. Naza hantar aq betul2 dia stop kereta dia kat depan berek umah blok aq, Blok C. Aq pelawa Naza naik jap umah aq, tapi dia tolak sebab nak cepat balik Kuching balik amik bini dia, xpela dia sik mauk. Aq pun kuarkan barang2 aq dari kereta Naza, pastikan takde 1 pun brg aq tertinggal. Aq sempat hulurkan duit sebagai duit minyak, tapi Naza tak amik sbb dia kata dia mmg suka tolong kawan2. Thanks NAZA, love u. Untung aq dapat kwan camni, semangat persahabatan..Friendship katakan, aq terus jer salam dia dan memeluk dia sebagai satu penghargaan persahabatan , sebak di dada harus ku tahan. Naza masuk semula kereta, terus jer pusing berek kediaman polis IPD bau buat pusingan O menuju ke jalan asal arah ke Kuching. Tinggal aq masih berjalan melangkah anak2 tangga dengan rasa pilu, sepi, sebak, terharu, hiba, gembira slps ditinggalkan kawan2 PTM. Aq Cuma mampu doakan shbat2 PTM aq baik, selamat adanya. Insyaallah, ameenn..
Malam tu Khamis malam Jumaat, aq tak turun surau, Sebab letih sgt2, aq kemas dan kemburkan ckit2 barang dalam beg, susun semula barang aq ke tempat asalnya. Malam tu lepas isyak jer aq terus tidur sambil teringat2 kenangan2 time malam di PTM briged Sarawak. Ingat gelagat, gelak ketawa sahabat2 aq, especially budak2 bilik 17. Esok tu, Jumaat aq tak dating opis, OFF DUTY...Ok,GUDNITE ALL !!
  -------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------
Slpas bbrpa hari berlalu, ku dengar khabar ramai yg tak sihat : demam+selesema+batuk+cirit birit dsb termasuk aq. Kami diberi 2 hari cuti tanpa rekod, so far aq still lom apply lagi, myb raye haji 2014 nnti. Dan aq masih terkesan dengan kerinduan suasana dan sahabat2 PTM, tapi myb terbalas semua kerinduaan melalui GROUP PTM 4/2014 dlm Whats’Up, i’m joined..
Saat aq menukil dan menulis kisah penceritaan ini dah hampir sebulan dari jarak tamatnya KURSUS PTM ni ( 26 jun 14-24 julai 14). Puasa Ramadhan ke 26 ( 24 Julai 2014 : jam 12.00 tenghari ), lagi 3 ari mauk raya, lagi 1 ari balik Melaka.
Esok balik Melaka ( 25.7.14) jam 10.45 menaiki pesawat MAS boeing 737-800 MH 2507 menuju ke KLIA main terminal.
Atas kesempatan yg ada, aq Ucapkan SALAM AIDILFITRI 2014M/1435H, MAAF ZAHIR DAN BATIN buat rakan2, sahabat2 PTM, sahabat2 BAKA PDRM, pembaca2 yang terbaca, Khas WiSh ni utk My Famliy, Abah, Mama, Along, Kak Gayah, Btrisya, Apis, Su, Alisya, Nizam, Matt serta Muslimin Muslimat di LUAR SANA..SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA..
Salam LEBARAN ....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dari kamil, arel ash 88

Tuesday, February 4, 2014

CeRiTeRa KeWaFaTaN RASULULLAH S.A.W

Suatu pagi di hari2 terakhir Baginda bersabda :

'Ku wariskan 2 perkara kpd kalian iaitu al-Quran dan Sunnahku. Brgsiapa yg mencintai sunnahku maka mereka mencintaiku. Kelak org2 yg mencintaiku akan masuk syurga bersama2ku..

Khutbah singkat ini diakhiri dgn Rasulullah S.A.W memandang tenang....mata sahabat2nya..
Abu Bakar r.a membalas pandangan itu dengan mata berkaca..
Umar r.a menahan nafas dan tangisnya dgn begitu kuat..
Utman r.a menghela nafas sepanjang2nya..
Ali r.a pula menundukkan kepalanya sedalam2 yang boleh..
Itulah isyaratnya...

Saat perpisahan nabi sudah tiba.
Rasulullah akan meninggalkan kita (keluh para sahabat)

Manusia tercinta itu sudah hampir selesai tugasnya di dunia.


Wahai Jibril, jelaskan apakah hakku di hadapan Allah nanti?
Jawab Jibril: Pintu2 langit telah terbuka Ya Rasullullah,para malaikat menanti rohmu. Semua pintu syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu.'
Ternyata kata2 Jibril itu tidak membuat Baginda senang, matanya penuh dengan kecemasan. Lalu berkata Jibril:adakah engkau tidak senang khabar ini Ya Rasullullah?

'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatKu kelak?'

Jibril a.s menjawab : Jangan khuatir YA Rasulullah,aku pernah mendengar Allah S.W.T berfirman 'Kuharamkan syurga bagi sesiapa shj,kecuali umat MUHAMMAD telah berada di dalamnya.'

Detik2nya semakin tiba. Tibalah Malaikat Izrail menjalankan tugasnya yg memisahkan roh di alam dunia.

PERLAHAN-LAHAN ROH RASULLULLAH S.A.W DITARIK IZRAIL A.S..Allahuakbar!!!


Seluruh tubuh badan Baginda disimbahi peluh. Urat2 leher Baginda menegang. 
Perlahan2 Rasullullah mengaduh lalu berkata ; '' Jibril,betapa sakitnya Sakaratul Maut ini.''

Fatimah r.a memejamkan matanya. Ali r.a di sampingnya menundukkan lagi kepalanya. Jibril a.s pula memalingkan mukanya.
' Jijikkah kau melihatku hingga kau palingkan wajahmu Jibril?' tanya baginda kepada Jibril a.s. lalu menjawab 'SIAPAKAH YANG SANGGUP MELIHAT KEKASIH ALLAH DIRENGGUT AJAL..'

Sebentar kemudian terdengar suara Rasullullah memekik kerana sakit yang tidak dapat ditahan lagi.

'YA ALLAH DAHSYATNYA NIAN MAUT INI..TIMPAKAN SAJA SEMUA SEKSA MAUT INI KEPADAKU,JANGAN PADA UMATKU.'
Badan Rasullullah mulai dingin. Kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibir Baginda bergetar seakan membisikkan sesuatu. Maka bergegas Ali r.a mendekati bibir Baginda.

'Peliharalah solat. Dan peliharalah orang2 lemah di kalanganmu.'
'UMATKU! UMATKU! UMATKU!
Dan berakhirlah kehidupan insan kamil yang mulia...yang bergelar RASULLULLAH S.A.W..

Mampukah kita menyintai Rasulullah S.A.W sebagaimana Baginda begitu menyintai kita,Umat2nya yang tidak Beliau temui??

Kita lupa akan perjuangan dan pengorbanan Baginda..dalam memperjuang dan menjamin kesejahteraan umat sejagat..

Umat manusia setelah zaman Baginda?
Ingatlah kawan2,SEGALANYA selain ALLAH DAN RASULNYA semuanya fana belaka..

Kongsikan pada rakan2 lain sebagai tanda kasih anda pada Baginda RASULLULLAH S.A.W.