Monday, July 12, 2010

Penangan Spain Cukup Menangani Seterunya ( Netherland )




Maka telah termeterailah kemenangan milik siapa...syabas kepada Spain ( Sepanyol )...Great job!!!!!Aku dah mantera dan serapahkan korang semua...ape habuan yang aku dapat haaaa?hehe.....



Viva Espana! Itulah ungkapan yang paling sesuai ditujukan kepada pasukan Spain ketika ini kerana mereka telah mencipta sejarah mereka yang tersendiri apabila buat pertama kalinya menjuarai World Cup.

Spain berjaya menewaskan Netherlands dengan jaringan 1-0 dimana gol tersebut berjaya dihasilkan pada minit-minit penghujung masa tambahan (30 minutes extra time). Gol dijaringkan oleh Andres Iniesta.



Dengan kemenangan Spain ini juga, pastinya si sotong peramal World Cup 2010, Paul The Octopus akan semakin popular kerana kesemua ramalan’nya tepat. Tapi bagi aku, itu hanya satu kebetulan sahaja.

2 comments: