Program Transformasi
Minda ( PTM) adalah satu program berkursus bagi menggantikan induksi bagi
pengesahan jawatan seseorang Pegawai awam.
Arahan PTM datangnya
dari PDRM Bukit Aman sepertimana yang telah disiarkan dalam e-Siar
(rmp.gov.com.my). Seramai 65 orang PEGAWAI AWAM POLIS berlainan gred, jawatan
dan skim diarahkan untuk menghadiri kursus tersebut bagi pengesahan jawatan.
Hari pertama semasa melapor diri seramai 69 orang yang melapor diri, bermakna
seramai 4 orang namanya tidak tersenarai dalam arahan tersebut.
Ceritera dari diriKU :
Aku melapor diri Kursus
PTM pada hari Jumaat ( 20 Jun 2014 ), selepas solat Jumaat jam 2.30 petang
bertolak dari IPD BAU dengan menaiki kenderaan pasukan ( pemandu : KPL Jaafar
B. Sulong ) menuju kearah Briged Sarawak, PGA, Batalion 11, Batu Kawa, Kuching
Sarawak. Sesampainya di Briged, aku terus saja melaporkan diri, nasib baik
namaku tersenarai kerana aku telah membuat pengesahan kehadiran . Tidak seperti
sahabat-sahabatku yang lain tidak membuat pengesahan kehadiran. Akibatnya nama
mereka tiada dalam senarai berkemungkinan tidak diizinkan untuk menghadiri
kursus PTM ini. Sejak melapor diri memang aku menilai bahawa system pengurusan
di PTM tidak bersistematik, Urusetia semasa agihan penginapan pun tiada di
tempat transit, hinggakan kami tersesat untuk mencari transit no. 17. Akhirnya
jumpa jua, aku ditempatkan bersama 5 orang sahabat yang berlainan jawatan dan
tempat bertugas. Ok, rojak sikit la bahasa aq pasni. Aq perkenalkan kpd pembaca
blog ni, mereka ialah Naza, Arsyad ( IPD MUKAH ), Azlan ( batalion 12-SIBU),
Kebing ( IPD LUNDU ), & Less.
Selesai jer sesi
pengenalan aq ngan 5 org kawan bilik 17. Masing2 berehat, pasang cadar putih
pada tilam masing2. Pada mulanya, aq kurang bercampur ngan dorang ni. Yela
loghat yang dorang gunakan adalah Melayu Sarawak. Aq orang Melaka pure (piau
bak kate org Melaka) Aq x paham sangat, paham ckit2 jer. Aq lelap jer tanpa
menghiraukan dorang tu. Majoriti peserta PTM ni adalah dari cawangan BAKA,
sejenis ngan aq jugak, sama skim dari JAKIM datangnya dari semenanjung yg
bertugas kat semenanjung, sabah dan Sarawak. Kiranya peserta kursus PTM ni
datangnya dari Semenanjung, Sabah & Sarawak.
Permulaan Kursus PTM
dimulakan dengan sesi taklimat (briefing) spt mana mengikut tentatif. Diteruskan
lagi hari esoknya dengan sesi ice-breaking ngan kawan2 antaranya Tendang Bola,
Lukisan ( karya masa depan ), senaraikan 5 nama peserta PTM( 3 lelaki, 2
pompuan _nama, formasi, hobi,nama manja) Dsb.
Keadaan & suasana
di bilik transit 17 (dah macam bebudak asrama dah) boleh tahan selesa. 1st
day tu memang panas gilak, lama-lama ok jak. Hampir setiap malam ada jer
cerita, pengalaman masing2 dibualkan, di jadikan bahan menghiburkan diri.
Cerita paling famous adalah pasal DRACULA : The Impaler ( Vlad Tepez )
membongkarkan kisah sebenar kejahatan dan kesadisan si Vlad. Cerita lain spt
Masyitah, Kisah Musa & Firaun, dan ada jugak sesi soal jawab agama. Maklum
la, memandangkan aq sorang jer BAKA dalam bilik 17 tu, lain2 bilik semuanya
ramai baka, ade tu 6 org Baka ( Total ). Relationship kitaorang 6 orang dah
macam Siblings suda ( cubit kiri, kanan terasa ). Ape taknya, makan sesame,
pergi kuliah sesame, tidur sesame, naik kereta sesame, balik kuliah pun sesame,
jangan ade yg tertinggal ( sebabnya kami muafakat, kunci kereta hanya satu jak
), tidak sesekali boleh berpisah. Hanya 1 perkara jak kiteorang tak sesame,
masuk toilet & mandi sesame..So danger! Nanti kene cop GAY pulok..hahaha
Dalam bilik 17 ni,
semuanya spoting2 belaka. Banyak stok air mineral ( 2 kotak smpai tak terhabis
time check out aritu ), dan makanan biskut2 dan jajan. Memang sengaja dibeli
untuk dikunyah2 setiap malam time sesi penceritaan dan share pengalaman masing.
THANKS kengkawan 17, aq rindu korang. Dalam kursus PTM ni masing2 ade
trademark, aq bawak trademark aq : SHARING IS CARING, mula aq gunakan time sesi
pembentangan misi,visi, logo setiap kumpulan. Aq jugak seorang pengkritik yang
bole tahan pedas, membangkitkan kemarahan sesetengah pserta PTM. Aq
menitikberatkan format sesebuah logo, kekemasan wording dlm logo, format ejaan
(short form ) dan kata awalan setiap pembuka ayat yang bersalahan dalam etika
persuratan kerajaan. Sampaikan Arsyad (baka marudi ) tidak puas hati sama aq,
dia membangkitkan isu logo JAKIM pulak yg tidak berlining. Hampir berentam
jugak..Tp, dia minta maaf lepas je presentation tu. Settled…
Nama kumpulan aq ialah
RENTAP ! mungkin bersempena dengan kursus kat Sarawak. Nama salah seorang
pahlawan ulung kat Sarawak. Yang penting, semangatnya yang group kiteorg
mahukan. Ahli kumpulan aq terdiri daripada 13 orang yang berlainan tugas, skim.
Baka hanya cuma 3 org jer, aq, syahmie & shafie. Tak macam kumpulan2 lain,
BAKA dorang smpi 5-8 orang. Tapi tu semua tak penting, yg penting kualiti
persembahan, kelancaran, kerjasama berpasukan, idea dari setiap ahli group
RENTAP tu sendiri. Gituuu donk. Ahli kumpulan ditentukan melalui serpihan
kertas kecik yg dibunyikan burung2, lagu secara hamming. Sume hamming, BURUNG
KAKAK TUA, macam2 bunyik ade, memang best giler la, lawak. Masing2 setiap dari
ahli kumpulan diberi peluang untuk bercakap dalam presentation berkumpulan, aku
di antara mereka2 yang boleh tahan bercakap jugak. Yg dominan jugak dalam
RENTAP : Syahmie, Kecik ( Radzi ), Azua, Mandonna, Kak Faieza dan ramai lagi.
LDK ( Latihan Dalam
Kumpulan ) pulak, kami diagihkan diarahkan untuk melukis logo kumpulan, misi,
visi, motto. Mencetuskan idea Teknologi pada tahun 2020 : Multiporpose
Car_boleh dlm air, boleh atas jalanraya. Adapun dari persembahan akhir utk
kumpulan RENTAP pada MAJLIS MAKAN MALAM, kami sebulat suara untuk
mempersembahkan lakonan yg tak seberapa nak best. Pasal SAHABAT dalam pejabat.
Mengisahkan dalam pejabat jangan dok gaduh pasal bende remeh. Aq pada mulanya amik
karakter pelakon pembantu, watak kecik je sebagai BATU API (SETAN). Last2, pada
malam berlakunya majlis makan malam tu, kecik serahkan watak Lakonan dia kat
aku. Aku terpaksa akur dan terima je, maklumla kecik kan exco, exco kene
smart2, makan tempat khas. Watak aq dalam teater tu simple jer, bengis ckit. Aq
di marah oleh PA KPD pasal x siap keje, padahal keje tu bukannya keje aq, aq
adalah SB. Keje tu keje kewangan, last2 aq campak fail tu ke Madonna
(kewangan), memang keje dia. Dianya asik mekap, main fesbuk, x suda2. Time aq
marah donna ramai kawan2 kata aq macam betul2 marah (serius ), haha..Terover
suda, tapi mmg nmpk kelam kelibut geng2 aq berlakon. Tak tersusun, bersepah,
nasib baik persembahan je.
Kawan2 (peserta) yang
paling dominan, nampak ketrampilan dan menyerlah spt Haikal (Apek) dah tentu la
sebab dia Presiden, Udin (Solahuddin), Kecik (Radzi), Afiq, Syahmie, Azrin dan
ramai lagi. Pasal senaman pagi pulak, kiteorg just ade senaman pagi sekali jer
tak seperti yang direncanakan dalam aturcara tentatif. Setiap pagi juga sebelum
memulakan kuliah demi kuliah, kiteorang akan menyanyi lagu NEGARAKU, POLIS
SEDIA BERKHIDMAT, PENJAWAT AWAM serta bacaan doa dan ikrar ( setiap hari orang
lain2 ). Aku pun penah baca doa pagi, sekali jer. Ambil pengalaman dan tak mahu
malukan BAKA, maklumla ramai Ustat2 BAKA, tapi semuanya tak berani macam aku,
hahah..Si Lan dan Si Shad, Si Naza member2 baru yg baik kata, aq baca doa macam
baca khutbah, mmg best dan terbaikkk !! haha, ade2 jer mereka2..
Makan minum dari pagi
sampai ke malam sepanjang PTM berlansung sebanyak 5 kali sehari. Ok la juak,
sedap masakannya. Tapi, asik bende yang same kiteorg makan, ayam dan ikan
tongkol. Naik muah dah makannya. Penah juak aku jadi pelayan cedok kuah melayan
kawan2 PTM sebagai tolong menolong dalam bersahabat, nampak la bersistematik
dan terbinanya ukhwah dan Mahabbatul Insan. Identiti aq pulak dirahsiakan. Who
is me? Its secret orait.. aq tak mengenakan songkok hitam sepanjang
kursus/kuliah berjalan ( sik mauk dominan bangat). Cuma ade satu ari tu jak aq
pakai dlm dewan kuliah yang dipindahkan ke tempat lain buat seketika. Time tu
seingat aq, aq demam selsema, bnyk kali bersin, idong berair, sampaikan bersin
kuat sume kawan2 dok ngok aq, malu aq, hahah..aq juak dapatkan ubat pil selsema
dari kak FAIEZA (SEkumpulan RENTAP ), lega sikit. Sampaikan ade 1 malam tu aq
terus je tdo tanpa hiraukan kwnb2 bilik 17 berbual sbb aq dh ngntok makan pil
selsema, lalok dohh..Sabtu dan Ahad minggu tu di BRIGED Srawak memang tak dapat
nak berjalan ke KUCHING macam selalu, tapi aq kat PTM ni best ditemani kawan2
bilik 17 yang baik, caring macam adik beradik.
Aq menggunakan
nama/identity AREL sebagai nickname/nama glamour/nama komersial, baru Nampak
manja ckit. Nama bagi FB, WhatsAPP, WeChat. Arel From Farel. Aq telah terpilih
ngan sticker kale biru, then tampal kat nametag kursus. Ramai gak yang tanye,
apekejadahnya sticker kale tu, so tak taw..myb penilaian fasi2 kot buat
kiteorg. For information , kursus PTM ni hanya semata2 demi melepaskan syarat2
sah jawatan dalam skim masing2.
Pada hari Ahad
(21/6/14), diadakan LDK dalam group masing2. Permainan main tutup mata, amik
kain hitam tutup mata masing2. Setiap group diberikan bunyi haiwan. Group aq
(RENTAP) diberi bunyi haiwan buaya. Entah ! bunyi buaya pun kamek org tak tahu,
lagi mahu bunyikan. Fasi yang kasi bunyi tu sendiri pun tak taw, last2 bunyi
buaya kami “Wiiwiiitt”, hahah. Tergelak aq dengau bunyik nyer, macam org sundal
jak. 1 group kene bunyi camtu. Setiap kawan2 kat blkg kene pegang bahu kawan
kat depan supaya tak terputus group tu. Sume group diarahkan untuk bergerak
sambil berbunyi haiwan masing2, ade bunyi anjing, kambing, lembu dsb. Dalam
mase yg same, ade jugak setan2 ( fasi myb ) mengacau barisan dlm group (
memutuskan barisan ), supaya nmpak lebih menarik. Komunikasi 2 hala bermula, 1
group berpecah kpd 1 group yg lain dlm 1 group yg sama. Kenelah bunyi WiiWiit
mencari dan sambung semula kawan2 yang hilang. Suara aq dah serak2 basah dah
time tu, dah xde suara lagi dah. Memang susah la nak cari group yg hilang tu,
dorg pun lansung takde respon bunyi WiiWitt juak. Semua kumpulan x dapat nak
cari anggota2 dorg yang dah hilang. Pada malamnya, LDK diteruskan lagi dengan
aktiviti santai iaitu Komunikasi Ralat
(system
error). 1st-Penyampaian berdasarkan kefahaman bahasa badan. Si
Haikal (apex-Presiden) bagi isyarat telur ( dalam arahan situasi di kedai
mamak, ade sebut bungkus roti telur 2), member aq ni punya nak kasi audiens
faham ditunjukkan nya 2 biji telor dia bagi mewakili roti telor, nak kasi org2
didepannya faham. Memang gilak lucu la time tu, berdekah 1 DEWAN PAHLAWAN,
berkali2 isyarat telur tu dilakukan. Apek apek, kreatif sungguh,lucah, berfikir
di luar kotak. 2nd-Komunikasi Ralat iaitu maklumat dari sumber
pertama,kedua, ketiga dan akhirnya spt mana game yg aq penah main mase ngajau
kat Tahfis Masjid Tanah. Sumber utama mesti tepat sehinggalah sumber terakhir.
Sikit je salah, melaratlah sampai ke akhir. Esok malamnya ada buat aktiviti
sarang labah2 dan dirikan bendera mewakili setiap kaum dan etnik dalam
Malaysia.
Selama
mana pernah aq berkursus 1st time aku menggunakan duit. Terpaksa
juak gunakan duit, walhal hujung bulan tu. Aq just bawak dalam Wallet RM37.00
jer. Kene bayar RM10 utk sewa transit, RM10 utk Majlis Makan Malam ( dinner ),
RM17 utk duit gambar ( ni ok la ). Tak silap sesi bergambar diadakan pada hari
Selasa pagi (24 jul 14).
Hari
pengakhiran tidak lama lagi menjelang. Hati mula rasa sayu, pasni aq bakal
kembali ke formasi Bau semula, sememangnya rasa bOsan gilak dan tension tidak
berteman hari2 di IPD Bau. Hari Rabu ( 25 Jun 2014 ) merupakan 2nd
last day kami di PTM, Briged Batu Kawa. Hari Rabu, kiteorg menjalani
Peperiksaan dalam Kursus PTM ni (penilaian). Then, hari yang sama kamik orang
outing ke Waterfront, Plaza Merdeka, CityOne naik kereta tak macam pserta2 lain
naik bas polis. Aq Iktizal bha, haha. Bersama2 naik kereta ialah aq, Naza, Lan,
Kebing dan Arshad, sumenya budak bilik aq, bilik 17. Kiteorg makan KFC kat
Plaza Merdeka, 5 orang sejoli ni la, memang TERBAIKKK. Lepas jer makan KFC,
kami segera ke Waterfront untuk berSELFIe (snap picture) untuk kenangan masa2
akan datang. Program diteruskan ke Boulevard bagi misi pencarian sluar slack
Naza, Yeaaah dapat juak dia. Terus kembali ke Briged Sarawak bila misi tercapai.
Pada
Rabu malam tersebut, adalah PRA perpisahan kami. Telah diadakan Majlis Makan
Malam bagi peserta kursus PTM bersama2 ngan Fasilitator. Malam tu adalah malam
peserta, katanyalah, tapi taj jugak. Fasi pun sama2 nyibuk nak karok, hahah.
Malam tu, setiap kumpulan dimestikan membuat sedikit persembahan perpisahan.
Ada yang buat Fashion Show ( ni group yg best la, funny ), ade jugak buat dikir
barat, monolog pentomen, lakonan (Rentap) yg mcm Jahanam broken jak. Majlis
Dinner malam tu diteruskan lagi dengan nyanyian dan dendangan oleh Retis2 tanah
air yang memendam bakat2 mereka, temasuk la aq. Ahaahaha..Pada mulanya Nampak
takdak sambutan, feedback yang tak ramai. Lastly, sampai Host : Afiq pun tak
terlayan lagu2 permintaan daripada penyanyi2 pada dinner malam tu. Sebagai
penyanyi pd malam dinner tu, aq peserta yg ke-3 naik stage kat depan tu, 1st
skali Usin, 2nd Sayhmie Saratok. So great la stage nyer, gempaQ ala2
konsert JomHeboh bagai, ada audiens, ade sportligt concert, disco light,
speaker audio pun best jugak. Di antara lagu2 dinyanyikan oleh penyanyi kpd
next song diselang-selikan dengan lagu2 Techno Concert macam konsert2 Mat Salih
spt American Idol, Music Award dsb..Memang terbaik, like it that macam dalam
konsert betul, Fuhhhh..Si Syahmie bawak lagu Awie ( Bara yang panas memebara…),
2 kali atas permintaan ramai, pewit, 1stnyer ade masalah teknikal kat screen
tv, kejap ade kejap xde..so Syahmie giveup terus jer turun stage then dah ok
Syahmie naik kali ke-2.
Dalam
konsert makan malam tu, aq jer bawak 3 lagu, 3 kali la naik Stage untuk nyanyi,
peserta yang paling menyerlah pada malam dinner tu. 1st lagu aq
Rendang Tak Berbuah yg dipopularkan oleh Hattan, 1st time naik tu
dapat gak tepukan gemuruh dari kawan2 PTM dan Fasi2 kat bawah. 2nd
song lagu DI ALAM FANA CINTA oleh Fotograf, Aku Feat ngan Arshad (budak bilik
17)aq baru kuar toilet, tengok2 arshad dah ade atas stage,tersu jer aq naik.
lagu ni tinggi sebenarnya, tapi malam tu aq boleh bawak, cover macho n control
suara sikit, tetibe suara rock aq terpacul terkeluar, maka bergemalah Dewan
Pahlawan Briged Srwak, myb aq perasan ada pegawai sound aq sbb suara kuat sgt,
haha. Syahmie kata, Mil Terbaik la mu, best ko..Thanks..Last song yang aq bawak
ialah MIMPI YANG SEMPURNA yg dipopularkan oleh Arel Peterpan, aq guna nama AREL
atas lagu ni, terkejut juak aq dengar nama aq diumumkan Host Afiq sebagai
penyanyi solo yang terakhir buat persembahan atas Stage tu. Fikir aq, saje
memain kalau2 dapat, last2 dapat jugak..terkejut, tak percaya..sementara aq
menyanyi lagu tu, kawan2 peserta PTM yang lain dok sibuk cari lagu untuk Ramai2
nyanyi nanti( peserta2 jak ). Bernyanyi memupuk dan mengeratkan hubungan
persahabatan. Lagu untuk ramai2 ialah lagu Teman Sejati (Brothers), kami yang
lelaki masing2 berpelukan di bahu kawan2 kiri dan kanan sebagai tanda
persahabatan kiteorang, masing Nampak mesra dan kami bersalaman berpelukan
sesame sendri slpas jer lagu tu abis. Then, Fasi pulak ramai2 dok nyanyi atas
stage, haha..terbaik..malam tu, ramai otai tak nyanyi tunjuk bakat dorang :
Apek ( haikal ), Udin, kecik. Azrin dan Jira duet sama. Less dengan PERSEMBAHAN
GOYANG cek mek molek. TARMIZI belaga dengan lagu 80-an nya, Ustaz Nazri dengan
lagu duetnya berjudul Cinta Kristal, Tompinai dengan lagu English nya, Mama
Rock ( 3 diva ) dengan lagu dangdutnya (bulan itu bulan kita) dsb. Kemudian,
giliran fasi2 pulak untuk nyanyi ramai2, kami peserta hanya di bawah berjoget
ramai2 angkat kaki, tu pun aq yg mulakan baru ramai2 ikut. Pastu ramai2 jugak
lompat tinggi2, aq hampir pengsan sebab terlalu excited. Kawan2 lain mengangkat
aq, sambil bertanya : are u okay?mil @ arel ko ok x?hehe..aq bangkit semula dan
tarik nafas cool, chill out untuk sesi mengemas dewan bagi majlis Penutupan
esok pagi oleh Komander Briged Sibu. Malam tu, aq dan kawan2 sebilik 17 dah
siap2 kemas, packing, setting barang serba sedikit untuk kepulangan esok hari.
Malam tu kiteorang tak bercerita, balik dinner konsert terus jer tido masing2,
penat berjalan siang, letih menyanyi malam.
Jeng
jeng jeng..Tibalah hari penutup, Khamis 26 Jun 2014. Bangun pagi ngan penuh
semangat untuk hari yg terakhir. Jauh kat sudut hati terasa sepi kerana tak
lama lagi kiteorang akan berpisah,tidak ada suara untuk orang bercerita, tidak
ada suara kawan2 menyanyi.
Hari
akhir, khamis dimestikan setiap peserta memakai baju batik bersama name tag
bagi majlis penutupan rasmi. Ramai kawan2 yg dok snap picture dan saling
bertukar2 nombor fon termasuk aq. Bnyk jugak aritu snap pic. Majlis penutup
dirasmikan oleh Komander Briged Sibu ( Boss si Lan ). Then, ucapan Presiden
APEK dsb. Lepas abis majlis penutup, diadakan post-mortem. Sorang demi sorang
bercakap, comment peserta PTM dan memohon maaf atas kekurangan mereka
mengendalikan program ni. Sedih la juak ku dengar nya.
Hampir
sgt ke penghujungnya, serahan gambar dan log latihan. Jugak disertakan Arahan
cuti tanpa rekod selama 2 hari dari Unit
Latihan Bukit Aman sebab kursus PTM ni ade amek mase kiteorg ari sabtu dan
ahad, so dapat cover balik..hehe, terbaik.
Then,
kiteorg Sign Out ( Check Out ) dengan menyerahkan semula Tag Pas bernombor
Lawatan berkursus kat pihak Briged SARAWAK. Bersama2 dengan tu, diserahkan
jugak cadar dan sarung bantal spt mana yg diberikan pada awl2 check in aritu
sebelum tinggalkan Briged. Ku hanya mampu ucapkan SELAMAT TINGGAL, GUDBYE,
SAYONARA, ILAL LIQA’ kat kawan2 lain selain dari budak2 bilik 17. Masing2 balik
ke tempat dorang bertugas, Sabah ( BAKA ), seluruh Sarawak dan Tanah Besar
Malaya.
Aq
masih bersama denagn kawan2 bilik aq, ade next plan ops, hehe. Plan kiteorg,
ngok wayang movie TRANSFORMERS : Age Of Extinction yang mana aritu adalah 1st
day movie tu ditayangkan. Bagus gitu, ngok TRANSFORMERS : Age Of Extinction
bersempena dengan tamatnya kursus PROGRAM TRANSFORMASI MINDA, memang terbaik. Lokasi
cinema kat CITYOne, tak lain tak bukan Golden Screen Cinema ( GSC ) paling
better, selesa, good smell, luas, sejuk, screen besar, audio super bass, very
competen n smooth gitu. Kiteorg ngok movie transformers tu 5 org termasuk aq :
Lan, Kebing, Arshad, Naza. Tp sebelum tu, Naza sempat beli Jam dia, jam CASIO,
baru dapat gaji semalam tu, hahah. Tiket wayang masing2 beli sendiri, sorang
RM13 standard kalau citer baru kene pulak BOX OFFICE. Makan Popcorn pulak siap
air, ade org support, Shad suppot aq kot, Thanks Shad. CitER TRANSFORMERS
durasinya selama 2 jam 30 minit kalo tak silap, aq sempat tertidur juak,
ngantok sebab malam semalam tu kan karok, sik ckup tidur bha. Takpa, nnt
revenge beli DVD movie tok.
Tamat
suda cinema TRANSFORMERS : Age Of Extinction, kiteorg masing2 pasni akan betul2
berpisah, memang mungkin tak jumpa lagi kah. Sedih jugak aq nak berpisah, kami
berpelukan sesame sendiri, utk kali terakhir aq menatap wajah kawan2, relakan
saja mereka kembali ke tmpat tugas mereka. Lan akan pulang ke SIBU petang tu
jugak kebing hntar dia ke KiA, Shad myb stay Kuching hotel sebelum balik ke
Mukah sbb dia open tiket, Kebing balik ke Lundu. Dorg bertiga naik 1 kereta
menuju ke destinasi masing2. Makanya, tinggal aq berdua jer,aq dan Naza ( yg
terakhir kawan dr PTM berpisah ) yang akan hantar aq pulang semula ke IPD BAU
petang tu. Time tu seingat aq la, hujan boleh tahan jugak, jalan2 tar penuh air.Sepanjang
perjalanan, aq banyak bercerita bercakap ngan Naza, utk mengisi kelapangan yg
ada dalam kereta Viva putih dia smbil lagu2 melayu 80-90an berputar melalui
player dia. Jalan punya jalan, cakap demi cakap, akhirnya sampai suda kami di
IPD BAU, kata Naza nilah 1st time dia smpai IPD aq. Padahal dia tu
asalnya Kuching Boy, yela Sarawak kan Besau, hihi. Naza hantar aq betul2 dia
stop kereta dia kat depan berek umah blok aq, Blok C. Aq pelawa Naza naik jap
umah aq, tapi dia tolak sebab nak cepat balik Kuching balik amik bini dia,
xpela dia sik mauk. Aq pun kuarkan barang2 aq dari kereta Naza, pastikan takde
1 pun brg aq tertinggal. Aq sempat hulurkan duit sebagai duit minyak, tapi Naza
tak amik sbb dia kata dia mmg suka tolong kawan2. Thanks NAZA, love u. Untung
aq dapat kwan camni, semangat persahabatan..Friendship katakan, aq terus jer
salam dia dan memeluk dia sebagai satu penghargaan persahabatan , sebak di dada
harus ku tahan. Naza masuk semula kereta, terus jer pusing berek kediaman polis
IPD bau buat pusingan O menuju ke jalan asal arah ke Kuching. Tinggal aq masih
berjalan melangkah anak2 tangga dengan rasa pilu, sepi, sebak, terharu, hiba,
gembira slps ditinggalkan kawan2 PTM. Aq Cuma mampu doakan shbat2 PTM aq baik,
selamat adanya. Insyaallah, ameenn..
Malam
tu Khamis malam Jumaat, aq tak turun surau, Sebab letih sgt2, aq kemas dan
kemburkan ckit2 barang dalam beg, susun semula barang aq ke tempat asalnya. Malam
tu lepas isyak jer aq terus tidur sambil teringat2 kenangan2 time malam di PTM
briged Sarawak. Ingat gelagat, gelak ketawa sahabat2 aq, especially budak2 bilik
17. Esok tu, Jumaat aq tak dating opis, OFF DUTY...Ok,GUDNITE ALL !!
-------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------
Slpas
bbrpa hari berlalu, ku dengar khabar ramai yg tak sihat :
demam+selesema+batuk+cirit birit dsb termasuk aq. Kami diberi 2 hari cuti tanpa
rekod, so far aq still lom apply lagi, myb raye haji 2014 nnti. Dan aq masih
terkesan dengan kerinduan suasana dan sahabat2 PTM, tapi myb terbalas semua
kerinduaan melalui GROUP PTM 4/2014 dlm Whats’Up, i’m joined..
Saat
aq menukil dan menulis kisah penceritaan ini dah hampir sebulan dari jarak
tamatnya KURSUS PTM ni ( 26 jun 14-24 julai 14). Puasa Ramadhan ke 26 ( 24
Julai 2014 : jam 12.00 tenghari ), lagi 3 ari mauk raya, lagi 1 ari balik
Melaka.
Esok
balik Melaka ( 25.7.14) jam 10.45 menaiki pesawat MAS boeing 737-800 MH 2507
menuju ke KLIA main terminal.
Atas
kesempatan yg ada, aq Ucapkan SALAM AIDILFITRI 2014M/1435H, MAAF ZAHIR DAN
BATIN buat rakan2, sahabat2 PTM, sahabat2 BAKA PDRM, pembaca2 yang terbaca,
Khas WiSh ni utk My Famliy, Abah, Mama, Along, Kak Gayah, Btrisya, Apis, Su, Alisya,
Nizam, Matt serta Muslimin Muslimat di LUAR SANA..SEMOGA KITA SEMUA DIRAHMATI
ALLAH HENDAKNYA..
Salam LEBARAN
....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! dari
kamil, arel ash 88