Monday, January 31, 2011

MEMOIR @ LAPORAN KEM TAHFIZ SKPR 2010 ( 28 NOV – 12 DEC 2010 )

MEMOIR @ LAPORAN KEM TAHFIZ SKPR 2010 ( 28 NOV – 12 DEC 2010 )

Ini merupakan laporan dan memori aq selama ditugaskan serta diamanahkan sebagai tenaga pengajar kepada 34 orang peserta Kem Tahfiz Jangka Pendek SKPR 2010 yang julung kalinya diadakan di Surau Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Rumbia, Melaka Bandaraya Bersejarah.

Menurut Tn. Hj. Omran Shariff, surau tersebut dibina dari hasil kutipan dermawan-dermawan yang bermurah hati yang mana sebelum itu surau tersebut telah lama terbina dari peruntukan Kerajaan Negeri Melaka. Dari sumbangan P.I.B.G sekolah tersebut, Hj. Omran yang juga selaku Yang Di Pertua P.I.B.G sekolah itu bertindak memperbesarkan ( Renovation ) lagi surau tersebut sehinggalah bentuknya pada masa ini.

Sebelum dilanjutkan secara panjang lebar, ada baiknya terlebih dahulu dilampirkan tentatif dan program yang akan berlansung selama 2 minggu ini.

5.00 am – Bangun Pagi, Mandi dan Zikir

6.00 am – Solat Subuh, Aktiviti Agama ( Kelas al-Quran & Kuliah Subuh )

7.00 am – Latihan Kawat, Sarapan Pagi, Kemas Diri

8.00 am – Kelas Hafazan al-Quran

10.30 am – Kudapan ( Makan Ringan )

11.00 am – Rehat

1.00 pm – Zikir, Solat Zohor, Adab

1.40 pm – Makan Tengahari, Rehat

2.30 pm – Aktiviti Agama ( al-Quran, Tafsir, PAFA )

4.30 pm – Solat Asar, Taklimat & Khidmat Kebersihan, Kudapan

5.30 pm – Riadah

6.15 pm – Kemas Diri, Zikir

7.15 pm – Solat Magrib, Makan Malam, Aktiviti Agama

8.25 pm – Solat Isya’, Taklim, Tazkirah

9.15 pm – Kelas Fardhu Ain, Tasauf, Tajwid, Tauhid

10.00 pm – Kudapan Malam

10.30 pm – Tidur Malam

Demikianlah tentatif yang berlansung selama 2 minggu di Kem Tahfiz SKPR 2010 ini. Sebenarnya tentatif ini tidaklah setepat mana kerana pengajar-pengajar boleh menggubal mengikut keperluan dan situasi para peserta.

Program ini di bawah arahan Tn. Hj. Omran Shariff selaku pengarah program merangkap Yang Di Pertua P.I.B.G SKPR di mana program ini dianjurkan oleh P.I.B.G sekolah tersebut.

Seterusnya aq gunakan bahasa rojak la ea..Terlalu formal laa pulak, hahahah…Sebelum berlansungnya program ni, aq mmg terlalu busy..nak enjoy ngan kawan2, kenduri kawin, n then jap2 nak meeting pasal program ni..1st time meeting kat Pulau Gadong ditemani oleh member2 aq, mengkoy n naim..Jumpe la aq ngan chip @ leader USTAZ iaitu Ust. Hafiz lulusan dari Hadramaut dan membernya Ust. Amir dari Masjid Selat..aq dan member2 bincangkan siapa yg akan diutuskan dan dihantar untuk ke kem tahfiz SKPR tu di antara kami berlima termasuk aq sendiri..Cakap punyer cakap, keputusan dicapai dengan memilih aq dan member aq lagi sorang yang mana dye x pat dtg meeting coz on d way turun mlake dari Rawang time meeting berlansung pada malam tu...Aq diberi taklimat mengenai tentatif yang akan berlansung selama 2 minggu yang bakal berlansung tidak lama lagi..Aq dah paham sgt dah ngan tentatif tu coz sejibik ngan sistem Madrasah aq pada mase dulu yg telah aq tinggalkan pada 10 tahun yang lepas..coz program tu mati2 aq ingat program motivasi, aggapanku meleset…rupanyer program yang berlandaskan sistem Madrasah..So, xde hal laa bagi aq…aq punyer pengalaman dalam kejadah ni…hehehehehehe…so, malam tu aq balik ke rumah dengan riangnya coz dapat keje sementara dan mungkin akan dapat pengalaman yang menyeronokkan…

Kalo x, aq pun x dapat jadi tenaga pengajar dalam kem ni..aq x tahu menahu ader program kem tahfiz...tetibe member contact ajak join kem..Maklum ler, aq time tu baru jer balik tanah airku dari Perak masuk merisik bakal akak ipar, heheheh…

Nak dijadikan cerita, aq sekali lagi dipanggil meeting buat kali terakhir ngan member setugas aq, Ust. Hummam..Meeting tu pada sabtu malam ahad, so malam bermulanya aq bertugas esok hari..Dalam meeting tu, aq diperkenalkan kpd pengarah program, penganjur, dan semua tenaga-tenaga pengajar..Jumlah tenaga pengajar yang akan berkhidmat adalah seramai 4 orang ustaz sahaja..Aq sebutkan, Ust. Hafiz selaku chip Ust…Ust. Hummam, member aq dari KUIM..Ust. Faridullah yang 1st time aq kenal dan akhir sekali aq sendiri yg dikenali dan digeruni ngan nama Ust. Kamil….hahahahahah...Abis meeting aq balik rumah untuk packing barang2 dan keperluan yang mesti dibawak ke sane..

Pada keesokan harinya, Sunday..aq dan Umam bergeraklah ke lokasi kem iaitu SK Paya Rumput dengan sebuah kereta dan sejibik motor..senang cikit nanti aq nak balik kalo tension jage budak2 ni…Harapanku time tu aq mintak supaya aq dpt mengajar bdk2 tu sume ngan baik dan berkesan…nak cari lebih experience katekan…

Tepat pukul 10.00 pagi, aq dah pun berada di SKPR sepertimana ngan mase yg telah ditetapkan oleh pengarah program..Segan gak muke aq time tu, ramai la jugak…mak bapak budak jer, budak nyer sorang pun aq x nmpk…Time tu mmg dah x kenal budak lagi…yg besar, yg kecik…sume ader..Pendaftaran peserta la katekan, aq dan Umam jadi bengong jap, x taw nak watpe bile dah sampai… Ust Hafiz n Ust Farid ntah ke mane x sampai2 lagi…hahahaha…tension2….

Tunggu punyer tunggu, baru ler ust2 yang terhormat tu sampai, tarik napas panjang aq tika tu..Abis jer pendaftaran budak2, ibu bapa dan budak2 diarahkan masok ke dalam surau untuk taklimat tentatif dan latarbelakang program serta sebagainya..Kami berempat (Tenaga2 pengajar) dihadapkan dan diperkenalkan sorang demi sorang kepada ibu bapa dan budak2 siap dari mana tempat kiteorang belajaq…Tebal la muke aq time tu, amanah broooo….aq diperkenalkan dari madrasah as-solihin…heheheheh…power..

Selesai jer taklimat, ibu bapa diminta balik kerana sesi takruf (perkenalkan diri) akan diadakan sebentar lagi..Pakej la ngan pembahagian pinggan, cawan, sudu…Fail jugak diberikan kepada peserta2 dan tenaga pengajar…Kelas diasingkan kepada 4 group mengikut kemampuan peserta..aq mengambil beberapa orang peserta untuk dijadikan murid kelas aq…dorang ni sume dah pandai mengaji pun, so senang tok aq ajau dorang nnt…1 bonus utk aq sendiri…

Sesi takruf pun bermula pada hari pertama, ahad petang selepas ke sebelum zohor..aq lupe ler pulak..macam2 aq tanye kat budak2 kelas aq, termasuk la ade akak ke xder…hahahah…gurau2 jer tu erk...antara murid2 aq ialah ASLAM, MIRZA, SAIFUL, EHSAN, SAUFI, AMIRUL…itu yg aq pilih dari barisan yg asal..tapi aq ade budak2 yg masuk lambat ckit dlm kem ni antaranya ialah ARIF, ZAKARIA n HARIZ yg last sekali murid aq…Hariz ni masok sekejap jer, 2 ke 3 hari…then, dah lesap…pergi xkan kembali lagi la jawabnyer, myb takot ngan cara aq mengajar kotttttttttttttt…hahahah…ramai yg takot aq kat kem ni…

Pada petang hari pertama budak2 ni berada di kem, dorang nak sgt main bola ( riadah ) tapi x dapat coz ujan la pulak petang tu...kalo x silap aq, dah 2 ke 3 kali sejak 1st day budak2 kem x pat riadah coz cuaca x mengizinkan, lagipun tanah lecak n lembap…Program seterusnya macam biasa la sepertimana kat jadual di atas…x kan la aq nak citerkan dari ari pertama campai ari terakhir, penat Wooooo!!!!

Seterusnya berdasarkan tentatif program, jangan fikir apa yg ada dalam jadual tentatif akan dilaksanakan bulat2, bagi aq setiap hari adalah tidak sama dan berlainan kerana akan ada sedikit perubahan sistem, perundangan dan kelas belajar mengikut kesesuaian masa. Kat kem ini aq sebagai guru al-Quran bagi kelas al-Asy’ari, bdk2 klas aq jer…kelas al-Hadith, Tasauf, Tajwid, Tauhid…Selain tu, aq juga bertindak sebagai guru disiplin dengan mendisplinkan budak2 ngan undang2 aq sendiri..Undang2 yang aq wat semuanya berdasarkan sistem Madrasah aq, Madrasah As-Solihin kat Merlimau…Ade la sikit2 Rule aq, heheheh…Aq jugak sebagai Coach untuk program latihan berkawat pada setiap pagi Jumaat, Sabtu dan Ahad..Kawat kaki tersebut adalah semata-mata untuk mendisiplinkan dorang dan faktor lain adalah untuk dipersembahkan dan ditonton oleh semua mak bapak dorang pada hari terakhir nanti iaitu hari perpisahan aq ngan sume budak2 Kem Tahfiz ni…Sedih2x…

Lebih mengejutkan aq, di antara ramai2 budak tu, salah seorang berkata camni : “ Ustat Hensem ”…aq kaget..aq tanye balik, sape dye yg hensem???dye kate “ ustat la ensem ”…aq dah taw dah, ni bunga2 nak mula bodek aq la tu…macam2 la dorang ni…Ramai pulak yang kata dorang macam penah jumpa n ngok jer aq sebelum ni…Lagi dasat di watnyer, poyo la dorang ni…tanye punyer tanye, dorang penah nampak aq kat dalam tv…Citer per??Raja Lawak…KECIK!!!!mmg sah…Ramai gak yg mengatakan muke aq cam Kecik raja lawak…Time kase time kase, ade gak market aq…..TQ allll………..

Tapi bukan tu yg aq nak citerkan, hahahah…aq taip laporan ni jer dah makan 2 minggu rasenyer, busy ckit la lepas abes kem tahfiz ni…tan sri katekan…

Sambung lagi, selama aq kat kem tahfiz tu aq ader la ajau budak2 ni wat senaman poco-poco…penat aq train dorang, tetap macam taik kerbau gak…ish3x, macam2 style yg dorang buat…yg shuffle, shuffle..yg break dance dengan break dance nyer…so, memang melingkop la sume nyer….pirahhh!!!! poco2 tu kiteorang x buat tiap2 ari, just for Friday, Saturday & Sunday…coz, ari2 ni kelas x bnyk sgt…so, enjoy…

Next, pasal jam tangan aq pun jadi isu gak…Hei budak2 ni, mengarot2 jer..aq taw la jam aq ADIDAS, heheeh..sepanjang dalam kem tersebut aq memang mementingkan masa agar sume program dan aktiviti berjalan dengan lancar dan sharp time..so, memang aq kene pakai la jam erk dari 1st day hingga la last day aq kat sane..1st day jer, budak2 baru masuk dah mengate2 jam aq…dorang tuding2 kat jam aq, myb ngok jam Adidas aq dah retak…mmg dah retak pun, ni sumer angkara MIJI la ni, x nak bertanggungjawab lansung, wahahahah…xdela, aq memang nyirap jer time taklimat budak2 ni cakap2 pasal jam aq…nasib baik ari pertama korang kat kem tu, klo x siap dah… wakakakakakah

Time is running out, hari makan hari..aq ditempatkan kat surau SKPR tu, tido kat surau jer..sakit gak badan tido tidak bertilam, ley sengal2 badan ni kalo tido lame2 kat sane..bilik untuk barang2 pun kecik dan sempit, so just untuk letak barang2 jer dan pakaian..nak lepak2 memeng x boley, kipas pn xde..tapi bilik tu syok tido time pagi2…hihihi..tu kekadang aq x masok kelas mengajar budak2 ni coz dah terlajak tido…hihihi..aq selalu pakai cincin, kene lak sorang budak ni bernama Mirza, budak kelas aq…mulut dia cukup bising, kuat bercakap..tapi aq ley tahan dan sabar ngan karenah dia…so, layan jer la..dia suke sangat nak pakai cincin aq..aq pulak pakai 2 cincin..1 kaler emas, 1 lagi kaler silver…so, dye mintak…aq ok jer kasi dia, tapi 1 jer la…aq suh dye ati2 pakai cincin tu takot termasok dalam lubang jamban lak..payah nak amek nanti, ish mesti bau macem punyer…kene lak budak sorang ni asik mintak aq nak g toilet x sudah2…biler dia dah dapat 1 cincin aq, dia nak lagi 1 pulak..aq kasi lagi, x per laaa…myb xde seorg guru pun sebaik aq biler anak murid mintak sesuatu akan dipenuhi…wahahahaha, perasan lak aq…tapi dengan 1 syarat jer, time malam tolong pulangkan…aq bimbang tah ke mana tercampak malam2 dia tido nanti…ni baru 1 hal, ade hal lain…hai feneng pale aq waaaaa, nak citer pasal rotan aq lak…lagi menjadi rebutan semua budak2 ni..konon rotan aq tu ader kuasa @ power la tu…Rotan tu diberi oleh Chip ust, Ust Hafiz untuk menggerunkan dan menakutkan budak2 ni…memang rotan tu sentiasa ader ngan aq, ke mana aq pergi pasti rotan berada di gengaman tangan kanan aq…walaupun pergi ke toilet sekalipun, ganas kan???memang rotan tu la membuatkan aq berkuasa n dapat mengawal budak2 ni…sebenarnya ngan keizinan tuhan la..bukan rotan tu..rotan tu x la besar sgt, kecik tapi sakit kalo dah kene kunk, nak2 yg pegang nyer is me, memang kene hayun gile2 la…penah 1 malam aq mengamuk coz dah tension sgt ngan perangai budak2 ni..malam tu dorang main antu2, aq pulak yg kene…kaget aq!!!so, terserempak aq dengan rotan kat tangan aq, ape lagi…zassssssssssssssssss, melekat kat badan..Iqbal kot yg kene..mmg kuat malam tu aq tibai tangan budak2 tu, menagis2 dorang malam tu…tapi. Eden x kisah pun…im sori sumer….rotan aq mmg selalu jer budak2 ni nak pinjam dan pegang utk sebat kawan2 dye, teruk giler perangai dorang…heheheh..aq sebutkan name dorang, antara nyer ialah Mirza, Akim, Aiman Syakir dan ramai lagi…naik pening paler aq layan karenah budak2 tu…xpe, aq tetap bersabar….

Aq ulang alik ke kem ni naik moto jer..dah budak2 ni pulak cop aq sebagai MAT rempit, masak aq daaa…xpe, sabar lagi..tapi bukan tu yg aq nak cakapkan, heheh..mmg aq bawak motor g sane, antara ramai2 tu ader gak yg minat kat moto aq, ade pulak yg mintak nak bawak moto aq tu..lagi melampau..aq boley kasi, tapi kalo pengarah Nampak tak mati aq nnti???so, aq jer la yg dok depan bawak budak2 ni jalan2 kat dlm kampong untuk warm up2 kan moto tu..kalo nak bawak pun dorang, just aq kasi pegang Handle moto jer, gear n brek aq yg control...puas gak dorang nek moto tu, tapi x puas sgt coz ari terakhir still ade g nak naik moto aq tu…perghhh, gayat nak mampos dorang….ha3

Pasal riadah lak, aq x join sgt budak2 ni..aq just ngok2 jer..tapi, aq pernah gak main bola ngan dorang sume..sumer power2, so aq kene change skill budak2 gak...seingat aq la, aq penah main bola ngan dorang ni 2 kali jer pada ari jumat n sabtu minggu ke 2, iaitu last week aq kat kem tu..aq penah golkan bola ngan tandukan aq jer, hehehe..yg bestnyer, bile aq masok jer group mane2, confirm group tu akan menang n group lawan akan kalah teruk, kah kah kah..lagi kelakar dengan citer anak pak OM, Rahim..main bola pakai tangan..aq n budak lain pakai kaki..agak menggerunkan aq, main pakai tgn..kalo dah kene kat pipi aq kunk..tak aniaya aq???giler kentang laaaa…ehehehe, kuat lak tu penampar dye…sbar jer..ape yg penting, sebelum dorang sumer nak main bola mesti kene khidmat iaitu kemas 4 area, surau, toilet, asrama n kawasan..kalo x bersih x pat main..cume cakap jer, x sampai ati aq ngok coz masing2 wat muke seposen…mcm2 kes la mereka2 ni..

Kalo perangai pulak, memang membosankan aq laa..degil giler, degil2 pun aq syg sumer macam aq jage anak2 jugak..hehe..yg paling tension, dorang ni mmg kuat bercakap..asik2 cakap, name pun budak2..makan cakap, tido cakap, dlm toilet ckp segale2 nyer bercakap..bile aq suh depan bercakap gantikan aq bercakap x mau pulak..hai budak2..aq pun myb camtu gak rasenyer…

Selain tu, memang aq puji budak2 ni, ikut arahan dan patuh..aq yg selalu arahkan dorang ni, biler aq dah kuarkan arahan..nak x nak sumer kene ikot..kalo x memang cari nahas la dorang tu..salah satu ayat yg paling digeruni ialah : Sape yg masok lambat selepas aq dah masok surau, siap korang!!!dengar jer aq kate camtu, confirm berterabur dorang lari ke surau kekadang sampai x jejak tanah n tertinggal seliper..hahahah, penah jadi bile aq kate camtu dorang sume cepat2 lari tinggalkan asrama sehingga kosong asrama tu berebut2 masok surau sampaikan pintu utama surau beralih n rosak dek dorang langgar…punyer takot dorang ni, ahahahahah..puas2..ermmm, ade gak antara mereka2 ni kuat mengadu, menyampah tol aq org yg suke ngadu-ngadu ni…pehhh, bosan…x sayang kawan lansung, suke ngok kawan kene rotan..

Dan di antara budak2 ni ader yg suker dok ngan aq, kire org kate pengikut yg setia, ke mane aq pegi pasti dorang follow aq..time makan, ajak aq mam sekali..aq suker tu, dorang ni sumer jenis respect kat org2 tua, ust2…bagos sumer..aq penah tanye sorang budak camni bunyi nyer : kenape suke dok ngan ustaz??dye kate sebab ustaz kan famous…so, aq tersenyum lebar…hahahah..pandai2 jer dorang ni..maybe ade benarnyer, aq dpr rasekannyer…ade pulak anak murid time aq nak balik rumah dye nak ikot sekali..lagi la, tergamam aq dibuatnyer..aq boley jer, kalo pengarah taw, abes la aq kene forum perdana nanti..mmg aq dah bawak dah budak tu nek moto nak ke rumah tapi bapak dye x kasi coz di luar kawasan program, coz dye sorang jer nape org laen x kene sekali, paling penting sebab aq nek moto..bimbang anak dye pape nanti…xpe, itulah ujian aq kat sane...

Kalo nak ikutkan tentatif semate2 mmg aq sendiri akan berasa bosan yg teramat sgt..dah la kem ni sume budak2 jer, ape dorang taw..bagi menghilangkan kebosanan dan ketensionan dorang selame 2 minggu berada di kem..aq telah memperkenalkan beberapa program dan aktiviti bagi memastikan perkara tu x berlaku..antaranya ialah SHUFFLE coz aq ngok ade antara dorang2 ni yg pandai shuffle..so great all!!!so, aq buat la n capture video shuffle budak2 ni and edit ckit2..n then, kasi dorang ngok…ok sumer, sumer suker n ketawe terbahak-bahak melihat hasilnyer…so, aq berjaya buat dorang hepi walaupun aq sendiri terasa penat dan letih layan dorang tu sumer, tapi aq pun hepi gak ngok gelagat masing2….heheheheheh

Aq sebagai tenaga pengajar, ape yang aq ngok budak 2 ni sume beruntung giler2..Makan sedap2 tak macam aq kat madrasah dulu..Aq dulu makan 1 ari just 2-3 kali jer..berbanding ngan budak2 ni, makan 1 ari jer 6-7 kali…Mewah2..Makan lak yang best2, ayam golek, roti john, BBQ..wah, dasatnyer…Jauh berbeza dengan zaman aq dulu..myb Pak Om bnyk duit, myb gak mak bapak budak kasi sumbangan..Mungkin jugak,hehehe..yer la, lagipun bayar mahal..1 kepla RM250 untuk 2 minggu kem..So, mmg patut makan yg mahal2 nyer….Aq puji budak2 ni coz time makan jer pasti akan jemput ustaz2 yg ade kat situ untuk makan same2 ngan dorang…

Dalam masa itu, aq jugak berkesempatan meronda dan bersiar2 ke seluruh kampong di mana kat situlah tempat aq dibesarkan pada 1 masa ketika dulu..Jalan nyer jalan, aq dapat gak ngok dan ziarah ke rumah member lame aq, SYam kawan semase Madrasah as-Saadah dulu..1 sekola ngan aq di kampong tersebut..Aq sajer nak ngok bapak Syam yg sedang mengidap penyakit angin Ahmar ( Stroke )..Hampir 2 tahun ayahnyer menderita..aq x mampu buat ape2, cume doa sajer aq mampu lakukan…aq cume menasihati mak cik jah ( mak isyam ) agar bersabar dan banyakkan berdoa…lepas ziarah, aq terus balik ke kem untuk bersiap waktu magrib…

Pengalaman aq beriadah, penah jugak aq main bola ngan budak2 ni beberapa kali..Penah jugak aq main lari2 ( olahraga-lumba lari ) ngan dorang..sajer nak test power coz dah lame tak lari seperti olahraga..aq seorang olahragawan pada satu ketika dulu…Lari punyer lari, aq dapat no 3 buat pusingan pertama ( Saringan ), And Then…Bile masok jer final di mane mengumpulkan pemenang no 1, 2, 3 drpd setiap pusingan…tup tup tup, aq lah champion dapat no 1..budak2 tu time bukan main puji2 aq…ade jugak yang bertanye, aq ni dulu olahraga ker??aq just tersenyum lebar jer menandakan jawapan YAAAAAAAA!!!aq lari tanpa seliper, so sakit la kaki aq..merah2 coz kene batu tar, n sedikit luke kecil…tu takpe lagi, aq pulak dah rase tulang ku nak beralih sikit time tu…..Esok pagi bangun jer, dah rase sengal2 badan..mak datuk aiii, bukan maen sengal lagi…x larat aq nak mengajar dorang, so rehat2 ckit…aq mendapatkan khidmat urut daripada budak2 tu..antaranya ialah : azizi, mirza, hariz, saufi dan ramai lagi…aq rase lambat gak nak ilang sakit2 kat badan aq tu…heheh, seronok2…

Sebagai seorang tenaga pengajar, seharusnya aq menjaga disiplin dan attitude2 dorang ni agar tidak nakal2..Dengan autoriti yang aq ader, aq cukup berkuasa untuk sound peserta2 kem tu..Dan aq juga boleh denda dorang mengikut kesalahan masing2…Tapi yang standard dan famous sekali dah semestinyer ROTAN dan sebatan aq yang dirindui oleh kalangan mereka...aq sebenarnya tak boleh sebat dorang dengan sesuker ati, maklumlah skunk kan dah ade akta tak ley pukul pelajar…Tapi memandangkan pengarah, PAK OM dah rotan budak2 ni..Bagi aq itu adalah lampu hijau bagi aq dan ustaz2 lain untuk meneruskan usaha pengarah dalam mendisiplinkan mereka2 tu…aq rase tidak seorang pun terlepas daripada sebatan, libasan, dan kekejaman rotan aq…sume yang ader dapat merase..adil, satu undang2 yang adil…tiada rasuah, tiada Kompromi…hehehe..aq just main rotan jer, kalo penampar, penyepak, penerajang tu sumer tak main..CRUEL namenyer, x kan budak2 tu mau makan sume tu…memang mati kunk..tapi sebatan aq bnyk jenis, antaranya rotan magnet, rotan shuffle, rotan diskaun…macam2 ader, so rotan aq lagi famous…kat kaki, kat tapak tangan, kat lutut, kat bontot…kalo tak rotan, aq bnyk kategori denda…antaranya adalah berdiri 1\2, cari lorong biawak, jalan itik, paling ringan sekali aq suh menyanyi or wat shuffle dan bnyk lagi…hehehehe…sumer ade citer2 yg ngeri dan menyedihkan budak2 ni…bagaikan penjara dorang kate…hehehe..

Sepanjang kem tahfiz ni dijalankan di lokasi Sekolah Kebangsaan Paya Rumput Melaka, banyak perkara yang aq suh dorang wat..itupun coz nak ilangkan tension budak2 tu..Aq rase yang paling famous sekali adalah filem arahan aq yang dilakonkan oleh pelakon2 aq dimana aq sendiri yg pilih mengikut kebolehan dorang..Ini kerana sebelum film shooting yang real nyer, aq akan test screen dulu budak2 yang akan berlakon nanti..kire aq tapis dulu laa..kalo x silap aq, film arahan aq cume ader 3 jer iaitu SAMPUK the Movie, Lagenda Budak Iblis dan Shuffle on Camp..sume filem berlokasikan di Sekolah tersebut..Kesemua filem diterbitkan pada minggu ke-2 di kem tu..Aq ulaskan dulu pasal film Sampuk the movie, filem Sampuk merupakan filem terakhir arahan aq..shootingnyer pada time malam2, dalam lingkungan pukul 12-1 malam..aq ingat lagi, pd malam shooting filem ni..isya’ kenduri doa selamat kat umah si taufik, dye budak kem jugak coz nak masuk sekolah tahfiz..so, shooting nyer lepas jer balik kenduri…budak2 ni ramai jugak yg takut, maklumlah malam2 bute berlakon..kene lak budak2 yg berlakon..disebabkan takot, aq sebagai pengarah filem bersama2 ngan sumer pelakon2 terlebih dahulu membaca doa mintak dijauhkan dari gangguan setan2 dan jin..berlakon filem antu maa, bukan citer lain…hehe..antara yg takut ialah azizi sampai menangis, tapi mau x mau aq kate kene berlakon gak coz next day aq xde ataupun x sempat jer..yg lain takot gak, tapi aq tenangkan sumenyer..kalo x silap aq, filem ni antara yg bnyk kali test screen n shooting..2 kali shooting, sebab shoot 1 budak2 ni lak sebagai audiens jalanan terRecord sekali..bongok betol!!!!so, shoot kali 2 lak…woooo, penat ma malam tu...Filem Sampuk the Movie ialah filem terakhir arahan aq yg melibatkan 11-12 orang pelakon dari majority kelas aq sahaje ngan bantuan pelakon2 tambahan dari kelas2 lain..

Pasal Shuffle on the Camp pulak aq sebenarnya tak rancang lansung, ianya menjadi secara kebetulan semasa aq duduk2 ngan budak2 ni..masing2 tunjuk kehebatan dorang kat aq ngan ade sorang abang tu..aq just record jer, dah record2..budak2 ni lak demand nak ngok secara berjemaah…Nengok nyer nengok, sudah mintak diedit jadikan filem video berlagu...maka jadilah ia sebuah VIDEO yg power..antara Shuffler nyer ialah azizi, mirza, nani ( ifwad ) arif n akim..aq ngok yg boleh just azizi & nani jer..yg len ley ckit2 jer…tapi ok gak dorang…yang aq x boleh blah time ending video tu pulak terkeluar tarian poco2 oleh mereka2 ni…hahaha..tapi, sebenarnya dorang nak enjoy untuk diri dorang n last sekali nak hiburkan aq..myb gak nak ilangkan tension..video tersebut diedit dengan lagu2 shuffle n rentak RnB..tapi x boleh lak, file mp3 is unsuppot..hehe..diedit pakai nset nokia 5800 xpress music aku..last2 aq amek jer lagu eenie meenie nyanyian dari Sean Kingston n Justin Bieber…Best gak video Shuffle tu…TQ sumer…INI ialah video ke-2 aq…bese jer

Story pasal filem Lagenda Budak Iblis pulak, filem ini adalah filem pertama or sulung aq..lokasi melibatkan hanya SKPR jer..idea asal jugak datangnya dari aq bagi mencari bakat budak2 ni dan menghilangkan kebosanan di benak masing2..aq rase filem ni susah gak nak arah, mau dalam 3 kali shooting..suara aq sampai dah ilang, shoot time petang selepas asar..Dibintangi oleh hakim, amirul, azizi, aiman, mirza, adi rimau, zul, nani, iman, dan taiko besar Arif...menceritakan seorang peminjam ah long dikejar oleh geng ah long untuk membelasah aiman sekiranya dia x bayar wang yg dipinjam nyer..aiman juga dari kumpulan kongsi gelap..semasa geng ah long membelasah aiman, seorang ustaz lakonan oleh muhd mirza telah menegur geng ah long agar memberhentikan dari membelasah aiman..hasil dari usaha menegur tu, ustaz juga telah digertak oleh ah long..maka, telah dtg lagi 1 kumpulan iaitu geng kongsi gelap melihat ahli lamanya dipermainkan..ustaz mirza juga merupakan seorang ahli kongsi gelap pada satu masa ketika dulu..maka jadilah 1 pergaduhan besar di antara geng ah long ngan geng kongsi gelap..gadoh nyer gadoh, datang pulak taiko besar lakonan arif..maka geng ah long menjadi takut dan gementar..arif merupakan taiko besar dalam kumpulan kongsi gelap yang digeruni oleh semua kumpulan pada ketika dulu..lakonan diakhiri ngan aiman lari dari tempat tersebut dengan kaki tempangnya...jgn lupe ngok di Facebook k…

Ni pulak pasal kawat kaki arahan dari aq sendiri untuk mendisiplinkan budak2 kat kem tersebut..kerana ianya dapat menyatukan perpaduan masing2 dan kerjasama antara satu sama lain..aq telah memperkenalkan kat dorang sume 1 lagu khas untuk kawat kaki tu..Lagu “ Amalulillah ” yg dipopularkan oleh Shoutul Amal ketika dulu time aq kecik2..Memang lagu tu penuh dengan semangat perjuangan dan ikrar sebagai seorang muslim..seorg daripada AJK tertinggi kem tu berkate : Mane dpt iqrar ni???hehehe..aq kate ni lagu Unit Amal..Disebabkan sedap lagu tu, aq telah menulis dan mengajar dorang menguasai lagu tu sampai dorang boleh ikut dengan tunes yg betul, siap dengan suh salin sekali..memang itu yg aq mahukan, besar kemungkinan dorang akan ingat lagu tu sampai dorang tua nanti, Insya’allah…Dah salin sume, aq terus suh sume hapal dengan cepat coz ari yg dinantikan akan tiba tak lama lagi..ok dorang apal, it’s so easy..lagu yg simple dan bersemangat..penangan lagu tu cukup berbahaya sekali sampaikan dorang mandi dlm toilet pun nyanyi gak..lagu tu ader bahasa arab menyebut nama Allah, dahsat la budak2 ni..sampai begitu sekali sudahnyer,ish3x..bnyak kali gak aq test dorang nyanyi, tp still x sedap n berterabur macam taik kerbau..so, aq kene la balik umah jap amek lagu MP3 tu untuk dorang dengar..haaaa, baru ok ckit..tiap2 pagi jumat, sabtu n ahad aq akan test lagu tu siap kawat kaki..Tu baru pasal lagu, nak citer pulak pasal kawat dorang…Naik jenuh jugak n sampaikan aq dah ilang suara, terjerit2 mcm petir setiap pagi..aq rase budak2 tu nak2 sume komander, xde sorang pun yg ley lawan lantangnyer suara aq…memang xde tandingan..hehehe..eksen lak..antara komander yg aq lantik ialah Akem, Arif as ketua komander dan azizi sebagai komander bahasa arab..So, aq adalah Jeneral or Presiden nyer..wawawa..memang seronok, bagaikan aq mempunyai tentera sendiri..Budak2 ni sume kawat 1st time macam taik kerbau..pret pret pret, kecepek3x..mcm taik..terjerit2 aq, sampaikan suara aq dah jadi sexy n garau..tapi sekian lame budak2 tu sume dah pandai kawat dan serentak bunyi nyer, great all..i like..ni sume tok ari terakhir nanti dan akan dipersembahkan kat parents dorang..hari terakhir, aq telah mewajibkan sume pakai baju putih, itam, dark blue untuk menampakkan keseragaman..ok sumer, dengar kate..dalam kawat ader lagu amal, negaraku, Melaka negeri bersejarah, tabik hormat, hentak kaki, pusing 4 kali, iqrar..sume ok jer aq ngok, maklumlah hari terakhir katekan..semangat ckit, tapi sebenarnya aq sedih sgt2..coz x pat lagi ngok dorang kawat n sume perkara yg selama ni aq nampak..Hari terakhir aq terase berat jer kaki nak melangkah keluar dari sekolah tu walaupun aq sedar kesemuanya tiada lagi coz dah balik ke pangkuan famili masing2…

Selain tu jugak, aq dan semua ustaz2 lain telah melatih semua peserta2 jadi bilal dan imam..Bilal kepada semua budak2, imam pulak aq yg akan pilih mengikut umur, iaitu 3 kategori : 5-6 ,6-form 1, form 1-form 2…hanya tu jer yg layak jadi imam..yg lain just ngok2 camne nak jadi imam, kirenyer kursus imam..yg bestnyer, sume budak2 yg jadi bilal dapat elaun RM5 daripada Pak Om time hari penutup..wah, best la dorang..tapi elaun aq lebih besar dari dorang sumer, berlipat kali ganda..wahah..aq berani kate laa, kem yg aq handle dengan member2 n sume ustaz, ajk adalah antara yg terbaik dari sumer kem yg penah ader dan yg penah aq join..kerana terbaik dari sumer segi termasuk makanan, servis, layanan, keilmuan dan keselesaan..aq rase dah banyak dorang dapat sepanjang kat kem tu termasuk jadi imam dan bilal, check semayang, bacaan, tafsir, tasauf dan bnyk lagi walaupun kem tu hanya berlansung selama 2 minggu jer..1st day aq kat sane jer, aq dah berjanji akan kasi dan curahkan aper yg ader kat mereka2 sumer..sebenarnya bnyk lagi dorang x dapat dari aq, mane mungkin 2 minggu dapat sumer yg aq ader, bnyk lagi yg aq kene terangkan kat budak2 tu..selit ckit, paling kelakar time Qahar jadi imam solat zohor, sepatutnyer suara x payah dilantangkan..ni xder, tetibe jer dye bacer kuat2..wah, aq x jadi nak semayang..so, aq batalkan jer solat budak2 tadi…nampak sgt x reti kaedah jadi imam time zohor..hahahha..macam2 hal ler..

Aq jugak suke buat pengumuman kat dorang2 tu meggunakan mic..1st aq bersore pakai natang tu, ader mengatakan sore aq bagaikan seorang DJ ataupun penah bertugas sebagai DJ kat mane2 supermarket or emporium..hahaha, sengal betol, aq taw sore aq sedap bagaikan seorang DJ..Memang sebenarnya aq suker sngat main Microphone, tu pasal aq suke g karok..kan ader mic kat sane, x tol ker???kantoi lak..Antara pengumuman yg penah aq kumandangkan, contoh :

“ Kepada semua pelajar2 kem Tahfiz SKPR 2010, sila hadirkan diri anda di padang untuk latihan kawat dengan kadar segera…Diulangi…” camtulah bunyi nyer…sekian..

Aq berada kat kem hanye 12 malam jer, coz kem tu hanya berlansung selame 14 hari, so pada setiap minggu iaitu setiap hari rabu aq akan balik umah n tido la kat sane (rabu malam khamis)..kerana keesokannya harinya pade time petang aq akan kembali semula ke kem tersebut untuk menjalankan lagi tugas aq sebagai tenaga pengajar..malam jumaat, kirenye aq balik jer kene pimpin budak2 bace yasin n tahlil same2..So, aq berada dengan budak2 ni hanye 12 malam malam termasuk tido ngan member aq, umam n dengan budak2 tu sendiri..dapat la bape ari aq tido ngan orang sumer..aq lepak kedua-dua bilik..kekadang 3A, kekadang 3B..aq selalu akan tido ngan budak2 kelas aq jer antaranya Mirza, Saufi, Azizi n sape2 lagi entah..Kalo tido ngan dorang ni confirm aq susah nak tido…coz dorang suke wat huru-hara kat bilik..terpakse aq pujuk budak2 tu tido, coz sok pagi kene bangun awal2.. aq sepatutnyer kene tido kat surau, sakit n sengal2 tido kat surau, pam2 jer la xde tilam..batu semate2..tu pasal aq tido ngan dorang, empuk ckit tido ngan bertilamkan bantal dan toto yg lembut..kipas pun laju, tapi bantal n selimut aq nyer la dari pemberian pinjaman oleh Pak Omran..ade tu pulak, sebelum nak tido nak pinjam nset aq, nak men game..pale otak aarrr, heheh..tapi aq kasi jer..antara ramai2 tu ader gak aq suruh dorang nyanyi sebelum tido n then aq record untuk dijadikan memori aq bersama ngan dorang2 tu...mcm2 lagu kuar, sampai lagu oh tandas yg merapu2 pun ader gak,hahaha..sume video2 n sound clipz tu aq still simpan dan akan aq abadikan dalam memori aq selamanyer kerana itulah kali pertama aq mencurahkan ilmu yg aq ader kat budak2 kem tahfiz yang tercinta tu….hahaha..

Paling best time aq balik semule kat kem, yela aq tiap2 minggu kan balik umah..time aq sampai jerk kat kem dengan ckit press2 moto aq tu, ader jer budak2 sambut aq..bagaikan seorang bapak atau abg rasenyer aq ni..tapi, bagus sangat la tu..dorang selalu akan tnye aq dari mana??aq jawab jer aq baru balik dari merempit..hahaha..aq jugak yg mengecop aq sebagai Ustat Rempit..hahaha, teruk tidak aq kene..

Laporan aq sedikit jer lagi akan berakhir..seterusnya kita beralih kepada laporan hari terakhir aq dan budak2 tu semasa di kem tersebut di mana tersimpannya sejarah dan kenangan manis dan pahit..heheh..Pada hari terakhir, aq perasan ader antara dorang yg nampak happy dan ader jugak nampak unhappy or monyok..yang hepi dah tentu ler x sabo2 nak balik umah jumpe parents n family, mybe yg monyok lak terase berat nak tinggalkan kem tu..bagus kepada sesape yg monyok tu..Time malam terakhir tu aq x taw nak watpe..mengong gak aq pikirkan nyer..Pikir nyer pikir, aq dpt idea yang bagus..Good idea!!dapat jer ilham sedemikian, aq mula menyusun strategi dan program dari malam tu hingglah keesokan paginya dorang akan berpisah dengan semua..idea itu adalah idea aq 100% kerana chief ustaz x dtg malam tu..jadi, aq bertindak la sebagai seorang Leader..Maka malam tu, aq telah melancarkan program “ Posmotem ” dan “ Malam Titian Kasih”.

Posmotem ialah satu program yang aq adakan untuk membongkar dan soal ( bedah )-siasat kepada sume budak2 kem tahfiz tu untuk merapatkan lagi hubungan silaturrahim..Antara ustaz dengan ustaz, antara peserta dengan peserta, antara ustaz dengan sumer peserta dan antara peserta dengan ustaz..Di sini, aq menekankan segala aspek dari semua segi dan sudut untuk mendapatkan 1 konklusi yang tepat dan benar berdasarkan kepada kepuasan tenaga2 pengajar dan para2 peserta..Antara aspek yg diketengahkan ialah kepuasan makanan, keilmuan, layanan, keperluan, kesihatan dan segala-galanyer..Kami juga ader menyentuh soal ketidakpuashatian peserta terhadap 4 perkara yg diatas..itu yg aq nak selidik bagi mendapatkan komen dan soal ketidakpushatian sumer yg terlibat dari atas hinggalah ke bawah..Malam tu aq sebagai pengerusi majlis dan speaker terhormat untuk menjalankan program tersebut dengan tidak ader sebarang kompromi..hahaha..aq mintak kepada sumer ustaz2 yg mengajar kat situ agar berucap dan memberikan sedikit-sebanyak mandat dan nasihat yg berguna kat sume budak2 tu..aq ialah org 1st yg telah berucap, maklum ler, Chairman..lame gak aq berucap time tu, aq di depan ngok jer muke masing2..sayu jer dorang, last nite katekan..sedih gak aq nak berucap, nak x nak kene gak cakap..tu sumer untuk kebaikan sumer..Pada hari tu slame 2 minggu kat kem x penah aq pakai Microphone untuk bercakap, tapi malam tu aq pakai..baru nampak Gah sikit..aq nak budak2 comment segale2nyer pd mlm tu, ckp la x puas ati ngan sape..ngan ustaz, ngan kawan2, so kene terus terang..Memang aq tanye sorang demi sorang, dari A sampai Z..pasal x puas ati ker, makan x sedap ker, ustaz2 zalim ker..Pada p’amatan aq, dorang ni ckit pun xde komen kat ustaz yg ngajo termasuk la aq sendiri..so, aq anggap aq dan ustaz2 lain xde masalah dan baik2 jer..so, tinggal masalah budak ngan bebudak..aq tanye sape yg x puas ati ngan kwn2 kat sini..maka, sorang demi sorang melafazkan ketidakpuashatian terhadap kawan2 kem tersebut..Sampaikan sorang individu telah dikomen sehingga 5-6 komen yg mengatekan individu yg terlibat tu amat jahat dan berprofil majal..hahaha, aq sebutkan antaranya ialah Akim sebagai Ketua Penghulu, Harith Iqbal, Mirza dan ramai lagi..Aq memang sajer wat camtu coz aq tanye mslh bebudak tu n then aq suruh sebelum nak tido pd mlm tu sume kene berbaik2 n mintak map..kalo boleh peluk kawan2 yg dorang dah gado bagi merapatkan lagi jurang yang telah berlaku..lagipun, mlm tu lah malam terakhir dorang dan aq bersama2..kerana mlm esok dorang dah x bersame aq lagi..Alhamdulillah, sume nyer dah baik seperti sediakala..

Selain dari wat posmoten, aq berucap terlebih dulu sebelum menjalankan program posmotem..Isi ucapan aq adalah mandat aq buat kali terakhir pada dorang sumer..1st sekali, aq mintak maap bebanyak kat dorang sumer sekiranya aq bnyk menyakiti n menyinggung, terlepas kate, terkasar bahase, terotan kuat sgt ker..aq arap dorang dpt maapkan aq, aq hanyalah sebagai seorang pengajar, mmg tu la yg patut aq lakukan demi menjadikan dorang sumer manusia yg berguna kelak..Mane la taw, keesokan hari nyer mungkin aq excident ker, so x sempat nak mintak map lagi..Time aq ckp jer mcm tu, ramai antara dorang menjerit keharuan dengan Perkataan “ Jangan ”!!!So, nampak nyer dorang syg kan aq haaa..hahaha, aq pun syg kan sumer…Aq menasihati dorang agar menjadi seorang anak yg baik bila dah sampai kat umah nanti, jgn tinggalkan solat, ulang aper yg dorang dah hafal slame kat kem, ngok2 la buku nota yg dorang salin slame kiteorg ngajo..n bnyk lagi yg aq katekan, smpaikan aq dan mereka2 sumer dah mengalirkan airmata..memang x boleh blah malam tu, aq pulak yg nak nangis..tapi aq tahan, x molek la sorg lelaki menangis depan org ramai..Tol x???

Lepas jer posmotem dan beri sedikit mandat terakhir, program diteruskan dengan Malam Titian Kasih..Kalo x silap aq ler, program tu berlansung selame 10 minit jer iaitu dari pukul 10.35 mlm hingga 10.45 malam, pd malam ahad..12/12/2010..Terlupe lak, sebenarnyer pd malam last tu Pak Omran bersame ngan kiteorg dan sumer peserta..So, Pak Om pun x ketinggalan juga untuk berucap dan beri sedikit nasihat yg berguna, kirenyer Join sekaki la..Pengarah katekan..Sebelum bermule nyer Program Malam Titian Kasih, aq mengarahkan semua lampu ditutup hanya beberapa lampu di luar surau jer yg dibiarkan bukak..So, keadaan time tu gelap jugak..kerana aq taw program ini untuk kasi dorang sumer menangis..kalo dorang menangis dlm terang dibimbangi akan disakat oleh budak yg x nangis..lagipun program ni kene ade Feel lebih, untuk mendapatkan Feel terpakse padamkan lampu..

Setelah sumenyer Ready, aq mintak sume ustaz2 agar duduk rapat2 ngan budak2 tu, n mintak jugak kpd dorang semua untuk berpegang tangan sesame dorang..ini kerana bagi mendapatkan semangat n merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara peserta2 kem tu..Aq pun dah ready untuk bersuara dan berpidato mengenai Jasa Kedua Ibu Bapa..Aq ader teks, teks yg aq sendiri karang..Dengan berhati2, aq melangkah masuk ke bilik kawalan Mic dan terus jer on dan berdiri dgn penuh mentaliti..time aq ckp jer untuk intro program tu : “ Program akan diteruskan dengan Malam Titian Kasih ”..Aq terdengar sore kuat budak2 tu menjerit menangis meraung dek terharu dengan kata2 intro aq tadi..aq pun turut tersentuh..nak x nak aq teruskan jugak walaupun aq sedar aq x sanggup, dan aq jugak time tu memang dah xde suara lagi..aq suro Ust Farid, dye kate x ley..Umam???ntah laaa..So, biar aq jer la..coz program tu idea aq..Time aq bace skrip tu, aq dah x perlukam sgt skrip tu..aq rase aq cukup energy dan mentality terus jer aq tokoh tambah menurut ape yg terlintas kat dalam minda aq masa tu..kirenyer kes rojak skrip la ni, tapi power tuhhh…majority sume budak2 kem tu sume nangis2 blake, cume yg x nangis seingat aq ler juz 2 org jer yg aq pasan is akem n arep..myb dorang tahan jer feel dorang, atau jugak xde perasaan kot???hahahah..alaaa,m lagipn 2 org tu dah besa, so x mau tunjukkan dorang nangis depan budak2 kecik tu sume..time aq kuar jer dari bilik mic tu, aq suh abg pak om bukak lampu..perghh, ramai nyer nangis..comel2 blake yg nangis tu..kah3x..umam dah pun puji aq, dye seolah2 x caye ngan potensi aq..so, nak x nak kene la caye ngan reality..ceh..nampak jer dorang sume nangis, adalah menjadi kewajipan dan responsibility aq sebagai seorang abang sepertimana dengan puisi yg telah aq bacekan tadi..dalam puisi tu aq adalah seorang abg yg mengajak adik2 sume berfikir tentang ketiadaan ibubapa mereka..ramai yg nangis, so bukan keje aq sorang jer kene pujuk budak2 yg dah nangis tadi, sume kene..baik Pak Om, Ust. Farid, Umam, abg Pak Om..aq pegi kat budak yg nangis giler2 nyer antaranya Amirul Azizi, Mirza, Iqbal…Yg aq x ley blah ngan azizi ler..giler kentang di buatnyer, hahaha..teruk sgt zizi nangis, sampai merah2 muke dye..sebelum aq pegi kat zizi, aq pegi kat Amsyar dulu..amsyar kecik jer..ngok dye nangis, aq terus jer dukung dye bawak kuar dari surau..betape aq sayang dorang sume ibarat adik2 sendiri..N then, aq masuk semule ke surau n terus pegi kat zizi yg tgh nangis menonggeng2..aq pujuk dye agar jgn nangis lagi, air mata yg bnyk kat mata n pipi dye..maka, aq lapkan..aq ckop ngan dye ; xpe, esok zizi dah nak balik umah dah, ley jumpe mak ayah n mintak map bnyk2 klo ade wat salah silap slame ni..dye still nangis lagi, aq terus angkat dye bawak kuar dari surau terus pegi kat tempat makan menuju kearah Pak Om dengan budak2 yg tgh nangis lagi..aq terus jer letak zizi kat peha Pak Om, n Pak OM pun pujuk si Zizi ni..dye masih nangis lagi..aq suh dye makan malam..burger kot, malam terakhir tu, terase berat jer otak aq mlm tu..Zizi dah mule reda menangis, aq bual2 ckit ngan dye n terus bawak lawak pasal tandas tu ; prêt prêt prêt, kecepeh3x..tergelak besar si zizi sambil makan burger yg ader dalam mulut nyer..hahaha..dah lame2 ckit, aq bual2 lak ngan umam n farid..azizi still kat sebelah aq lagi tu, aq toleh semule, dye dah nangis balik..adosshh, mati aq malam tu nak pujuk dye sorang jer..dah3x, aq suh dye pegi balik hostel salin baju n tido..dalam perjalanan aq n zizi nak g hostel, dye menangis semakin menjadi2..sampaikan zizi jalan dah x betul lagi dah, terumbang-ambing..org menangis katekan, bagaikan mati anak n bini jer, hahaha..sampai asrama jer, azizi rehat untuk x nangis lagi, dye dah mula hepi coz aq buat lawak malam tu..so, malam tu aq tido ngan budak2 tu sume..aq tido sebelah zizi untuk jage dye agar jgn nangis lagi..dye dah ok, aq pulak x ok..aq terus jer balik surau jap amek MP3 aq..aq pakai earphone n terus sumbat dlm telinga aq..aq dgr lagu2 Maher Zain, antaranya Insya’allah..aq pulak nak nangis coz terharu giler, maklum ler..esok ari terakhir aq ngan sume budak2 kat sini..dorang akan tinggalkan aq, dan aq jugak akan tinggalkan dorang semua..azizi men game sebelah aq, nset Farid..Jam menunjukkan pukul 12 ke 1 a.m..tapi x tido2 lagi dye..dye sempat lagi jeling kearah aq nak pastikan aq dah tido ke belum??aq of coz x tido lagi..last2 aq tido gak malam tu..lelap…esok akan berakhir sume ni..aq sedar dari tido aq dah rase hampir sgt perpisahan tu..

So, abis la sumer laporan ni..selanjutnya sumer pasal penutup dan selepas kem tu menutup tirainya untuk sesi 2010..mungkin Insya’allah tahun depan, 2011 pasti akan ader lagi..amin…

Pada keesokan harinya, tibalah masanya hari perpisahan yang tidak aq ingini tapi diingini oleh budak2 kem tersebut..Pagi subuh tu aq masih memberi beberapa nasihat yg boleh aq ingatkan pada budak2 tu..seingat aq la, pagi subuh tu banyak lebah2 berterbangan di luar surau, aq mengarahkan supaya sume pintu2 dan tingkap surau ditutup rapat2, jangan kasi lansung makhluk tu masuk ke dalam surau..bagaimanapun ade jugak beberapa ekor lebah yg terlepas masuk dan terus m’inject salah sorang budak2 tu..aq jugak suruh lampu2 dipadamkam coz lebah hanye akan berkumpul pada cahaya..Untuk mengakhiri itu, aq terpakse menjadi hero dan ambil risiko membunuh sume lebah2 yg berbisa..maka, tamatlah riwayat2 mereka..

Bermula pada pagi itulah, aq dah xde selera nak makan..ntah ler, tetibe jer xde mood..Budak2 pun dah kemas2 barang, packing ape yg patut untuk dibawa pulang ke rumah..ade jugak pada pagi tu mak bapak dtg pagi2 lagi ngok anak2 dorang..yela, hepi anak dah nak balik dari kem..Aq jugak merayau2 seluruh pelusuk SK Lereh buat kali terakhir dan ade la jugak berbual2 ngan budak2 tu camne perasaan dorang dapat balik, dorang kate ok jer n hepi ler..ader jugak melahirkan rasa nak tinggal kat surau tu untuk belajar sama2 ngan aq..aq tersenyum ajer..

Pada pagi ahad tu, adalah hari terakhir atau jugak hari perasmian penutup yg dirasmikan oleh Pengarah Program, Pak Omran bersama dengan AJK2 pelaksana program..Dah name pun perasmian penutup, mestile kene pakai baju cantik2 n kemas ckit..majlis tu dihadiri oleh parents n seluruh family peserta, so ramai la dalam majlis tu nanti..Aq telah memilih baju RAYA 2010 aq yg berkale purple untuk dipakai buat majlis rasmi terakhir tu..Ader di antara anak murid aq menegur aq (Ehsan) , dye tanye kenapa aq nampak pelik jer aritu..maksud dye slalu nmpak aq pakai kain pelikat ngan baju melayu spnjg kem berjalan tapi last day tu aq pakai baju melayu yg berkerlipan bersama seluar slack..bese la, aq kene jage market n cover macho jugak..heheh..kalo x silap aq ler, sume ust2 yg ader sume pakai kain pelikat bersama baju melayu..aq sorang jer lain ckit..maklum ler, aritu aq memang busy ckit, jadi Runner dan wakil Speaker..Time aq bercakap selaku pengganti Ketua Fasilitator juga, sume mate sudah pun terarah kat aq..aq kelu dan kaget jugak, mau x mau aq terpakse berucap..ini kerana murid2 aq memang suke dan mintak nasihat buat kali terakhir..so, aq berucap di depan ramai2 org tu seperti biasa sepertimana aq bercakap dengan anak-anak murid aq..so, ilang ler Gubra aq tadi…

Habis sudah majlis penutup, tirai Kem Tahfiz SKPR 2010 telah pun dilabuhkan dengan selabuh-labuhnya..aq di antara fasi @ pengajar yg balik ke rumah last dan terakhir dari kem tersebut..apabila aq melangkah keluar dengan tayar motor EX5 putih aq le garisan pagar luar SK paya rumput aq lagi sekali menoleh ke belakang memandang sepuas2-puasnyer sekolah tu maybe jugak buat kali terakhir..aq disusuli dengan family pengarah program, Pak Omran dan family nyer yg membawa kereta Estima..Sebelum peristiwa itu berlaku, terlebih dahulu aq kene kemas barang, packing n bawak ke kete umam..banyk sgt barang2 yg aq bawak selama 2 minggu kat sane..Beras 10kg, gula, n tah pape g..ape yg best nyer aq dan sume ustaz2 dpt kain pelikat, sijil penghargaan dan sekeping gambar yg akan menjadi kenangan nanti.. Duit x yah citer, masuk gak..dalam RM900, hampir RM1000..klo sebulan aq jage mau x dapat RM2000..fuh, berbaloiiiiii..Okey, time aq nak letak brg2 yg berharga aq kat motor, aq terlebih dulu jumpe sume yg terlibat untuk minta maap dan minta diri dulu antaranya kat Pak Om, ank buah dye, abg ape tah lupe name nyer n last sekali kat tukang masak iaitu akak kepada Pak Om..aq minta map ngan dye dan ader la bual ckit ke mane aq akan pergi selepas ini.. Untuk gerakan terakhir dan aq lambai tgn kat dorang, terlepas dari mulut akak Pak Om berkata camni : “ ADER TOKOH MENJADI SEORANG PENDIDIK ” .. aq pusing balik memandang untuk beri respon dengan senyuman maut aq, hahaha..Well done!!!

Selepas aq melangkah keluar dari SK paya rumput, aq terasa nak patah balik..itu Cuma permainan perasaan jer, aq macam biasa kat atas motor..jam time tu dalam kol 12 lebih nak masuk kol 1 p.m jugak hampir waktu zohor dah pun..perjalanan dalam 15-20 minit jer..pejam celik pejam celik kat atas moto, dah pun sampai rumah aq yg telah ditinggalkan selama 14 hari..x lame mane pun, nasib baik x lame sgt..tp klo lame pun best gak..

Sampai jer kat umah, aq terlebih dulu jumpe mak aq..abg long aq pn ader gak time tuh, dorang tanye amecam best x ngajo???fuh, mesti ler best..experience maaa..petang ahad tu memang aq letih giler, maklum ler pagi tadi penat layan budak2 ngan mak bapak kat majlis penutup..so, aq terpakse rehatkan minda dan relax, relax2 berpikir jugak pasal budak2 ni..sorang2 aq bayangkan dengan telatah yg variasi..menjadikan aq terus terlelap, tertidur dengan bermimpikan mereka2 seolah-olah kem tersebut masih belum tamat lagi..power betul!!! Sepanjang hari terngiang2 aq pasal kem tu, klo x silap ler aq demam 2-3 hari..hahaha..coz aper??terpukul dengan kebagusan dan keberkesanan kem tu..aq jugak belajar dari kem tu sebenarnya..camne untuk mendekati, mengalami dan menjiwai dalam pendidikan seorang guru kepada muridnya..Alhamdulillah, bermula dari kem tu ler jiwa aq sudah pun mula minat pada kerjaya seorang pendidik iaitu tugas mengajar..memang xde persoalan pun dalam kes aq ni. Sememangnya sejak kecil lagi aq sudahpun berminat dan sekaligus menjadikan kerjaya pendidik ( Guru ) sebagai my ambition or cita2 aq..bukti nyer, kalo ngok kat mane2 notebook semasa aq kecik2 dulu, biodata aq memang tertera di Cita2 : Pendidik dan Dai’e..itulah idaman aq sejak kecilku..ianya sudah bermula!!!dan berjaya aq realisasikan…aq di kem tersebut bukan sajer sorang pendidik akan tetapi seorang PuNiSHer!!!menghukum sesape yg melakukan kesalahan adalah tugas2 aq, so ramai la yg takot kat aq, itu cume perisai aq sajer, sebenarnyer aq caring orang nyer…hehehe..

SOROTAN :

asahan dan kantoi…

Setelah sumer itu berlalu selama sehari demi sehari makan seminggu, aq masih belum lupekan perjalanan kem tersebut, aq bagaikan masih berada di situ..tapi, aq sedar aq tetap kene berpijak pada bumi nyata..dalam seminggu tu, aq masih berhubung dengan budak2 tu..budak2 pun still berhubung lagi ngan aq..antaranya, Azizi, Mirza, Saufi, Arif, Zakaria, Amsyar, dan ramai lagi..kiteorang berhubung gune phone, ader gak yg FB...coz aq x larang sesape yg nak amek e-mel aq, facebook name aq as fren, no fon n sebagai nyer..malah, ader jugak antara murid aq yg siap amek sign aq, autograph, paling x tahan dye interview dan tulis biodata aq dengan penuh dan details giler..dah ader peminat aq, TQ sume..aq rase dihargai..camne aq x sedih, dorang ni sume baik giler dan terbaikkkk…sesape yg aq janji nak kasi gift sebab dpt good result dalam exam KAFA aq tunaikan, sesape yg simpan duit kat aq tapi x amek terus jer balik aq kene kol tanye nak watpe duit tu..aq uruskan beli brg untuk diwakafkan kat surau, kerana aq x mau ader utang2 ngan budak2 ni, sume beres belaka..

Tapi bukan natang ni aq nak cakapkan..

Lepas jer tamat kem tu, aq dan sumer tenaga pengajar kecuali Farid sorang ajer menyusun program or aktiviti yg berpaedah..ini bukan jer melibatkan kami ajer dari kem SKPR tapi melibatkan lagi satu kem yg berpusat di Balai Panjang dibawah kelola DR. Azmi..Tenaga pengajar kem tu merupakan drpd kawan2 aq jugak ialah Naim, Apis n Mengkoy..Sebenarnya aktiviti ni bukan baru di rancang lepas jer abis kem tu berlansung, tapi memang sudah dirancang sepenuhnya dan dicadangkan oleh Ustaz Hafiz time majlis penutup kem tu..Cuma untuk fasilitator saje tanpe melibatkan org atasan kami Pak Omran and de Gangz..

Lepas seminggu kem tu melabuhkan tirainya, bertarikh 19 Disember hari Ahad..kiteorang berenam pun berangkat berpicnic kat asahan untuk release tension ler konon..maklum ler, 2 minggu ngajo budak2 tu..kalo dah name ngajo xpe lagi..tapi sume keje kami kene buat..susun program pun yer, jaga disiplin pun yer, jadi warden pun yer, jadi pak gat time malam2 pun yer..sume terserah pada kami sumer untuk control budak2 kem tu..so, inilah masanya untuk kami sume berseronok dan Horay2 bersama kawan2 lama juga baru..hehe..Kiteorang bergerak dengan menaiki dua buah kete jer..Sebuah kereta, Ust. Hafiz hanya membawa 3 org tenaga pengajar dari Kem Tahfiz SKPR iaitu Ust. Hafiz sendiri, aq dan umam..manakala sebuah lagi kereta Mengkoy yang mengisi 3 orang juga dari kem tahfiz yang lain ( Kem Tahfiz dan Motivasi Balai Panjang). Memang best la XPDC kiteorang naik Asahan, mcm naik Gunung Ledang jugak tapi Sagil lagi Kaw2 nyer, lagi tinggggi..Bercerita pasal experience aq daki asahan..1st jer aq jumpe ular yg badan nyer memang menawan yg mana aq belum pernah jumpa ular yg sedemikian rupa..memang cantik sampaikan aq, umam, Ust. Hafiz kejar ular tu..Ust. Hafiz pulak nak jer tangkap ular tu..tapi aq rase lain mcm jer..ular2 camni maybe ader penjaganyer..kejar punya kejar, 1 asahan dah kecoh pasal ular tu..sume yg disana turut mengejar..aq pun kejar jugak, dah sampai kat ular tu aq terus menangkap gambar ular untuk dijadikan kenangan aq di sana..tetibe ader sore dari belakang menyeru dengan nada marah..Berkata camni : “ Jangan diusik Ular tu, biarkan dia”. Mendengar suara tadi aq dan member aku terus menoleh terperanjat dengan orang yg mengeluarkan suara sumbang tadi..Berdirilah seorang tua lelaki bagaikan seorang orang Utan..macam Hulk Hogan pun ader jugak, dalam hatiku berkata itulah dye penjaga ular tersebut..aq terus membisik Ust. Hafiz : Nasib baik kita x tangkap ular tadi, ader jugak tuan nyer..Ust. Hafiz kate : tangkap jer, bukan hutan dye..aq terus tersenyum..

Habis pasal ular, aq dan 5 orang member telah pun berkumpul di bawah kaki asahan untuk mendaki Asahan bersama2 bagaikan sebuah KRU..time nak naik tu ader yg gawat cikit..tanah berlumpur, kebetulan aq pulak pakai capal jer, tapak keras..nak naik bukit berlumpur aq bagaikan berSHUFFLE sekejap..bukan aq sorang jer, sume kene shuffle..nasib yg baik pada sesape yg pakai kasut yg tapak nyer boleh lekat kat tanah..Ternyata susah jugak nak cari port untuk mandi kat Asahan ni..kiteorang meneruskan lagi pendakian kearah yg paling tinggi dan penghujung Gunung Asahan..Akhirnya kiteorang jumpe jugak port yg amat sesuai selepas beberapa kali survey port di serata..nak x nak kami terpaksa berkongsi kolam yg sama dengan 1 lagi geng picnic..tapi sume budak lelaki jer, xde perempuan..ok, itu dah baik..Pada awal nyer, kami segan2 jugak..yer la, dah kaco port orang kan..itu xkan terjadi sekiranya salah sorang dari kami tidak mulakan dan menerjah ke dalam air..sorang terjah, sume terjah akhirnya..Perghhh, sejuk giler siot air Asahan tu, baru jer 5 minit berendam dah sejuk satu badan aq..mandi x pakai baju, just boxer ajer..rendam dan rendam..badan aq dah mula gatal2, myb sebab kesejukan bukan kerana air yg kotor..menurut pengalaman aq sebelum2 ni, aq memang x ley kene air sejuk buktinya sebelum ni pun aq pernah meredah ujan lebat..Ujan kan sejuk, so tumbuh la bintat2 kat badan aq time uh..itulah eksperimen nyer..dah taw camtu, aq terpaksa naik ke darat untuk keringkan badan dan menjamu sikit makanan yg disediakan oleh member2 aq..mee hoon Ust. Hafiz, nugget..dan sebagainyer..abis santap, aq terjun semula..gatal balik badan aq, tapi aq malas dah nak naik darat..lantak ler, ape nak jadi, jadi ler..aq berada dalam air terjun selama hampir 5 jam kot..dari pukul 11 am ke 4 am..lame jugak..Ust. Hafiz rilex jer mandi pakai kain pelikat, hahaha..tergelak aq..ngan pancing dye pulak tu..sekor ikan pun x dapat..cian2..wat mase tu, crew2 kiteorang x dapat lagi mendominasi kolam air tu coz geng tadi x mau blah, so kami kene la menunggu dan menunggu..pukul 3 dorang sume cau balik, akhirnya kolam tu kami yg punyer..kolam tu ley tahan dalam nyer, tu pun kat cerun2 yg special ckit..ape lagi, kiteorang berenam ler yg punyer kolam tu..so, do what u like..kami pun buat berbagai2 aksi yg mengghairahkan..huhu..ader yg kuak lantang, lipat maut, fly kick dan macam2 gaya lagi..ini sume ader dalam rakaman kiteorang..ader picture, ader video..ader jugak video berunsurkan dokumentari..haha..

Puas kami di Asahan, jam menunjukkan pukul 4 petang. Matahari pun dah monyok jer. Itu menandakan kami kene bergerak pulang ke rumah..kemas sume barang, pakai baju yg kering, smartkan diri..kiteorang pun dah siap pack barang untuk pulang, tapi sebelum tu kami sempat dan berpeluang dengan sesi fotografi dan dokumentari..time nak capture tu, sume bagaikan giler2 nak bergambar..pakai pulak nset aq, kalo dah jatuh dalam air kunk..x melalak aq, haha..ok, sume dah siap kami kene la menuruni Gunung Asahan dengan penuh berhati2 dan pantas..sebab kami mengikut arus kali ni..di kesempatan tu, aq dan apis sempat bergambar lagi..memang giler bergambar member aq sorang tu..aq dibelakang sekali diantara 6 orang memberku..aq jugak menoleh ke belakang merenung tajam kearah kolam tersebut dengan penuh harapan seraya berkata dalam hati : “Aku pasti akan datang lagi Asahan”..aq terus mengalihkan daun2 pokok besar yg menutup pemandangan kolam tersebut sekaligus Snap beberapa kali pemandangan kolam yg cantik tu..terasa berat jer nak tinggalkan asahan, bagaikan kolam tu aq yg punyer..tapi aq kene balik jugak, aq ader keluarga, rumah dan parents..hahah..dengan kaki yg berat aq mengatur langkah untuk beredar dari pemandangan kolam tu mengejar member2 yg jauh sudah meninggalkan aq dihadapan..

Secara rasminyer, tamatlah story aq ni..dah penat nak bercerita..kalo anda yg sedang membaca ni, nak tahu tak brape lame aq nak siapkan tentang pengalaman dan story aq ni..?? hampir setengah tahun ( 6 bulan tu ) kerana aq memang sibuk sangat sampai x sempat nak continue..di saat aq menaip story, aq sudahpun bekerja sebagai seorang pendidik, peniaga..walaupun belum tetap lagi, tapi aq masih bersyukur dan hepi ngan keje2 tu..dan aq berharap 1 ari nanti aq pasti akan mendapat satu pekerjaaan dan profesion kerjaya yg tetap..aminnnnnnnn..DAN NANTIKAN KEMUNCULAN SEBUAH NOVEL CERITERA AQ yg berjudul “ TERSEMBAM di Pintu NERAKA ”..

kawat kaki




shuffle



sampuk




lagenda budak iblis